Kereta Blogger Husna Yusof Dirompak di Giant Batu Caves

Kereta Blogger Husna Yusof Dirompak di Giant Batu Caves

Berita yang baru kami terima di mana, kereta milik blogger Husna Yusof baru sahaja di pecah di kawasan parkir kereta Pasaraya Giant Batu Caves.

Menurut status yang dimuat naik di laman facebook beliau,

Pintu kereta beliau dikopak sewaktu beliau berada di Pasaraya Giant Batu Caves. Bagaimanapun tiada barangan berharga dilaporkan hilang.

Cuma keadaan kereta bersepah akibat diselongkar, begitu juga dengan bahagian bonet kereta berkenaan. Beliau bersyukur kerana tidak meninggalkan barangan berharga di dalam kereta.

Menurut beliau, hanya duit syiling dalam jumlah RM2 sahaja yang hilang. Rasa sian pula dengan perompak ini.

Selamat barang niaga beliau tidak dilarikan.

Kalau tidak, tutup pulak perniagaan D'Jala Mr.Os - Roti Jala yang sedang beliau usahakan sekarang bersama keluarga.

Nota Kaki : Kenapa Mr. OS?

Oh... Mr. OS itu adalah bapa beliau. Jangan cakap korang tak kenal.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.