Senarai Buku Terlaris di Lejen Press bagi Tahun 2015

Senarai Buku Terlaris di Lejen Press bagi Tahun 2015

Lejen Press telah mengumumkan senarai kedudukan 30 buku terlaris mereka bagi tahun 2015.

Babi mendominasi carta buku Lejen paling laris bagi tahun 2015 menewaskan pesaing terdekat Awek Chuck Taylor yang berada di tangga kedua.

Untuk makluman Awek Chuck Taylor mendominasi carta buku Lejen paling laris untuk tahun-tahun sebelum ini.

Rosmoh Perempuan Puaka yang mula dijual kepada umum pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL15) lalu menjadi buah mulut masyarakat dengan ada cakap-cakap yang mengatakan ianya mengisahkan tentang orang kenamaan di Malaysia.

Bayangan Clarissa sebuah novel genre seram hasil tulisan Doktor "Triple A" juga memadamkan rekod Babi untuk dua tahun berturut-turut bagi carta buku Lejen paling laris untuk PBAKL.

Berada dalam carta juga "Trilogi Lelaki Eksistensial."

Seyogia yang baru sahaja di angkat ke pementasan teater baru-baru ini juga turut berada dalam carta. Komen dan review positif mengenai kisah kekeluargaan ini anda boleh lihat di Goodreads atau cari ‪#‎teaterseyogia‬

Coklat sebuah novel adaptasi dari novel The Chocolate Chance yang bahasa asalnya Indonesia menduduki tangga ke 20. Novel yang mula dijual pada tahun 2014 ini bakal di filemkan.

Sperma Cinta buku pertama terbitan Lejen Press yang pada mula dicetak mengikut permintaan (Pre-Order) namun kini sudah lebih 8 kali cetakan dan dijual kepada umum.

Tahun 2016 menyaksikan permulaan baru bagi novel-novel terbitan Lejen Press. Di mana-mana senarai buku-buku tersebut sudah pun siap dan menunggu masa untuk diterbitkan. Sama-sama kita nantikan.

Sekalung tahniah kepada penulis dan pembaca yang terus menyokong kami.

Terus Lejen!

Sumber : Facebook Lejen Press
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.