Instagram Blogger Cilik, Anne Syafiqa Diceroboh

Akaun instagram milik blogger cilik, Anne Syafiiqa disyaki diceroboh oleh seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Menurut status ibu beliau yakni blogger +Miera Nadhirah Tan handphone milik anaknya telah diragut di Prima Seri Gombak sewaktu bersama ayahnya.

Instagram Milik Blogger Cilik, Anne Syafiqa Diceroboh


Dan hari ini,

Terdapat gambar pelik seorang lelaki telah dimuat naik di laman instagram milik beliau.

Ibunya mengesyaki lelaki tersebut merupakan orang yang telah meragut anaknya dan menggunakan handphone milik beliau untuk memuat naik gambar menggunakan akaun instagram milik Anne Syafiqa.

Laporan polis telah dibuat dan gambar tersebut juga telah disebarkan di laman sosial.

Malangnya, status beserta gambar tersebut telah dipadamkan.

Ini kerana lelaki tersebut sebenarnya menggunakan phone yang digunakan oleh Anne Syafiqa sewaktu login akaun instagram beliau di salah satu Celcom Centre.

Dimana beliau sendiri terlupa untuk logout akaun tersebut.

Bicara Bro : Kadangkala handphone anda lebih banyak menyimpan rahsia anda berbanding rahsia yang rakan anda simpan.


Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.