"Jadilah Seperti Rashid" Jadi Trending

Tiba-tiba fenomena "Jadilah Seperti Rashid" menjadi bualan dan trending di Malaysia sehinggakan ramai menjadikan Rashid sebagai idola bahkan ada juga pihak yang mencaci.

Sedangkan Rashid hanya sekadar nama watak rekaan.

Ianya tiada kaitan dengan mana-mana Rashid termasuk Rashid Sidek yang turut menjadi bahan jenaka paling win oleh sesetengah pihak.

Paling menarik,

Ramai juga pihak yang ingin jadi seperti Rashid dengan mempromosikan diri mereka bahkan business yang mereka jalankan.

Begitu juga dengan AirAsia yang menyatakan Rashid bijak bila travel dengan booking tiket awal untuk dapatkan harga murah.

Facebook page "Jadilah Seperti Rashid" mendapat 200k like dalam tempoh kurang 50 jam. Terbaik....!!!

Disini, Bro ingin kongsikan status yang dikongsikan oleh admin page tersebut.

**************

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kami ucapkan terima kasih pada semua yang follow page Jadilah Seperti Rashid. Kami cipta page ni tak sampai 50 jam lagi tapi likers sudah mencecah 200k.

Terima kasih Astro Awani, MalaysiaKini, para admin page bersekutu (Siakap Keli i love u), para blogger dan semua individu yang follow kehidupan seorang Rashid.

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa pilih nama Rashid? Okay, Rashid atau Murshid adalah perkataan dari bahasa Arab yang bermaksud penunjuk jalan.
Kami perasan banyak sangat orang kita hari ni melakukan aktiviti harian dengan cara yang salah. Kami akan cuba betulkan melalui mesej yang disampaikan dalam bentuk gambar ringkas.

Ya kami sebagai Muslim tahu contoh terbaik adalah Rasulullah, tapi selagi apa yang Rashid buat tidak bertentangan dengan ajaran Rasulullah, apa salahnya?

Kami akan terus post dan post walaupun korang semua jemu. Kahkahkah!

Kami bukanlah Rashid, dan Rashid bukanlah kami. kami hanya mengajak kita semua untuk Jadilah Seperti Rashid

Bicara Bro : Rasanya macam kenal je admin page Jadilah Seperti Rashid.

Ada masa, jemput baca artikle yang penuh pengisian mengenai Rashid - http://www.fauzisabri.com/2016/01/rashid-bijak-jadilah-seperti-rashid.html
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.