Mat Luthfi Kahwin, Ramai Gadis Meroyan

Selebriti Youtube merangkap blogger Mat Luthfi telah menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan beliau, Naquiah.

Bagaimanapun. tidak banyak maklumat yang dapat Bro ketahui tentang siapa gadis bertuah tersebut. Senyap-senyap je Mat Luthfi, tau-tau dah kahwin.

Ye la, selama ini Mat Luthfi tidak pernah menceritakan atau memuat naik cerita tentang percintaan beliau.

Tau-tau, si gadis bernama Naquiah yang berasal dari Ampang, Kuala Lumpur telah selamat diijab kabulkan dan mereka sah bergelar suami isteri.

Mat Luthfi Kahwin, Ramai Gadis Meroyan



Sejak semalam, laman sosial dipenuhi dengan perkongsian berita dan foto-foto pernikahan pasangan ini yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan.

Tidak lupa juga, perkongsian luah hati kekecewaan oleh sesetengah peminat yang tidak boleh menerima hakikat ini.

Korang jangan la risau, Mat ada 3 kosong lagi.

Kalau idak, korang pepandai la nak Move On dan terima hakikat ini. Untuk permulaan, korang unsubcribe Youtube beliau dulu hahahahaha


Bicara Bro : Kami di BRO - Blog Retis Official mengucapkan selamat pengantin baru buat Mat Luthfi dan pasangan.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.