Yaya Natsumi Menang Pakej Andaman Pengantin Adam Daniyal

Yaya Natsumi Menang Pakej Andaman Pengantin Adam Daniyal

Tuah ayam nampak di kaki,

Tuah bakal pengantin, nampak satu persatu pintu rezeki dibuka. Tahniah buat blogger Yaya Natsumi dan bakal suami kerana memenangi pakej andaman pengantin dari Adam Daniyal.

Walaupun persaingan agak sengit, beliau berjaya mendapat tempat pertama bagi kontest yang dianjurkan oleh Adam Daniyal di minggu terakhir.

Menurut status yang dimuat naik oleh beliau,

Beliau amat berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu beliau untuk memenangi kontest ini.

Bicara Bro : Tertarik dengan slogan yang digunakan oleh mereka untuk menyertai kontest ini.


Kami amat tertarik dengan pakej perkahwinan yang disediakan oleh Adam Daniyal yang mana ianya meliputi semua aspek kelengkapan perkahwinan yang kami idamkan.

Sungguh teruja apabila Adam Daniyal bermurah hati mengadakan contest seperti ini yang mana memberi saingan sihat kepada semua pasangan dan membantu kami untuk mendirikan rumahtangga.

Sebagai pasangan blogger dan social media influencer, ini juga merupakan salah satu platform untuk Adam Daniyal meluaskan lagi teknik pemasaran apabila kami berkongsi pengalaman perkahwinan di blog mahupun media sosial yang kami ada bersama follower, rakan blogger yang disegani dan juga sahabat kami.

Dalam masa yang sama, kami boleh meraikan hari bahagia kami dengan menambah bilangan jemputan dari sahabat dunia maya yang mana itu juga merupakan impian kami menjemput mereka in sya Allah.

Semoga ada rezeki kami disini dengan izin Allah agar dipermudahkan urusan perkahwinan kami.

Aamiin aamiin ya rabb semoga impian kami dikabulkan. :')
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.