Minuman Tenaga RANGER Baharu Dari F&N

Minuman Tenaga RANGER Baharu Dari F&N

RANGER, minuman tenaga baharu daripada F&N, mengandungi gabungan ramuan untuk meningkatkan tenaga anda.

Ia bukan sahaja manpu meningkatkan tenaga fizikal, ia juga mampu meningkatkan kecerdasan minda dan kadar metabolisma anda.

RANGER paling sesuai diminum sewaktu bekerja, ataupun ketika memandu terutamanya pemanduan jarak jauh kerana ia memberikan anda daya tumpuan yang tinggi.

Imej harimau unik pada tin 250 ml RANGER yang moden dan bergaya ini menarik dan melambangkan kekuatan fizikal dan naluri kegagahan seorang wira dalam setiap jejaka.

Minuman ini mengandungi Taurina dan Kafein yang membantu anda kekal fokus untuk menghadapi cabaran hidup dan menempuhnya dengan berani.

Diperkaya dengan nutrien seperti Vitamin B3 dan B6 yang membantu melepaskan tenaga dalam proses pemakanan badan kita, RANGER juga adalah satu-satunya minuman tenaga dalam pasaran Malaysia yang mengandungi Vitamin C.


Kini, dengan adanya RANGER dalam rangkaian produk F&N, ia berhasrat untuk menyediakan warga Malaysia dengan meningkatkan tenaga bagi menjangkau potensi individu tersebut untuk mencapai kejayaan.

Apabila anda berasa letih, minumlah RANGER untuk merangsangkan tahap fizikal dan mental anda.

Laksanakan tugasan anda dengan adanya tenaga RANGER yang melahirkan naluri pejuang sebenar dari dalam anda.  Minuman tenaga RANGER kini boleh didapati di pasaran di seluruh Malaysia.

Untuk melonjakkan tenaga anda bagi mencapai lebih lagi, ikuti laman Facebook RANGER Malaysia di https://www.facebook.com/rangermalaysia/

Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.