Termotivasi Melalui Posting Positif - Ummu Habibah

Bila tengok orang post gambar Rumah Besar, saya cukup terinspirasi dengan keselesaan kediaman yang dimiliki oleh mereka..Rasa kagum dengan setiap pengorbanan yang terpaksa mereka hadapi..sesuai dengan nikmat yang juga dapat dirasai sekarang..

Bila tengok orang share gambar juadah makanan yang mereka masak sendiri, siap share resepi lagi...Saya rasa semangat nak masak sedap sedap untuk famili jugak..Daripada malas masak terus termotivasi bila tengok posting macamtu..Kalau tak ada sharing macamni kat fb atau blog, susah gak untuk tukang masak amatur macam kita ni nak belajar masak memasak di rumah..

Bila tengok orang post gambar anak anak yang semakin membesar dengan sharing cara mendidik anak yang bagus, saya rasa termotivasi nak didik anak sendiri juga guna skill yang sama..Moga moga anak saya juga jadi anak soleh, cerdik dan berdisiplin macam anak mereka.

Bila tengok orang post gambar banyaknya stok susu yang dapat dikumpul sepanjang tempoh berpantang, saya juga rasa lebih bersemangat nak target penyusuan ibu selama 2 tahun..

Bila tengok gambar kejayaan dan anugerah anugerah yang diperolehi oleh seseorang, saya semakin teruja nak berusaha dengan lebih bersemangat nak majukan perniagaan yang saya miliki sekarang.Nak maju sama macam orang lain..Saya cukup terinspirasi dengan semua sharing begini...


Termotivasi Melalui Posting Positif - Ummu Habibah

Tapi ada juga rupanya orang yang berpendapat semua sharing begini adalah antara masalah trend 'Ujub di akhir zaman' atau menunjuk menunjuk yang OVER di media sosial?

Kalau tengok komen post kisah ujub akhir zaman ni ramainya yang setuju..Baca komen komen netizen pun kebanyakannya macam semua tak pernah post semua semua hal di atas.Bila tengok timeline, banyak jugak sharing mereka yang ada kaitan dengan bab di atas..

Jadi saya pun jadi Terconfius kejap.Ke aku je yang terover positif ni bila setiap kali tengok posting orang?

Ya Allah..Tolong bimbing kami..

- Ummu Habibah -
Pengasas www.muslimah4u.com
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.