TRW - Siapa Berani Lawan Datuk Vida - Fdaus Ahmad

TRW - Siapa Berani Lawan Datuk Vida - Fdaus Ahmad

Dah makan berminggu cerita tajaan Datuk Vida ke TRW (The Red Warriors) belum kunjung sudah.

Datuk Vida ni aku rasa kalau hang tanya team mana menang Piala Malaysia tahun lepas pun dia mungkin terkumat kamit nak jawab.

Usahawan yang jutawan ni ada dua jenis:

1. Minat dan ambil tahu pasal bola dan faham tradisi bolasepak
2. Selain nombor 1

Malangnya, Datuk Vida jatuh dalam kategori nombor 2.

Dia diminta oleh KAFA (dipinang) untuk menaja TRW. Apa yang seorang usahawan kategori nombor 2 akan buat?

Berusaha memikirkan bagaimana sukan bolasepak boleh fit in dengan dia punya perniagaan dan paling penting, bagaimana ianya boleh menambah keuntungan. Selain daripada tu, dia tak nampak apa apa. Nill!

Aku hairan orang yang membanding tajaan lain (ke atas pasukan terutamanya kelab bolasepak luar negara) yang tak demand benda merepek macam si Vida ni buat.

Penaja luar negara pakat bersaing untuk menaja. Pakej tajaan paling menarik, akan diterima oleh pasukan. Menaja sebuah pasukan bolasepak dilihat sebagai pelaburan yang terbukti menguntungkan.

TRW ni selain Datuk Vida, ada ke syarikat lain yang nak lawan dia? (atau syarikat lain yang dipinang oleh KAFA).

Haa sebab apa tak ada sambutan penajaan?

Situasi penajaan besar untuk sebuah pasukan bolasepak di luar negara dah melalui proses kematangan berbanding penajaan besar di Malaysia.

Yang patut kita hairankan kenapa KAFA mencari Datuk Vida dan bukan usahawan jutawan dalam kategori nombor 1?

Lalu setelah Datuk Vida meletakkan pelbagai syarat macam Puteri Gunung Ledang sekalipun sultan KAFA masih mahu menerima?

Tiada tajaan, bolasepak tak maju. Ada tajaan pulak, kena ubah macam macam hal. Serba tak kena dibuatnya.

Jadi paling senang eloklah kita berdoa dalam masa terdekat ni akan muncul seorang TMJ dari Istana Balai Besar, Kota Bharu Kelantan.

Wallahu'alam.

Sumber : Facebook Fdaus Ahmad.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.