Pengalaman Akma Omar Berurusan Dengan Syarikat dari UK

Pengalaman Akma Omar Berurusan Dengan Syarikat dari UK

Blogger +Akma Omar berkongsi pengalaman beliau berurusan dengan syarikat dari UK yang berminat untuk beriklan di blog beliau sejak setahun yang lalu.

Pada awalnya, beliau ditawarkan pada harga USD75 untuk 1 sponsored post.



Bagaimanapun, berlaku tawar menawar sehingga klient tersebut setuju pada harga USD100.

Malangnya, klient tersebut tidak membayar beliau pada harga yang dijanjikan pada awalnya. Sebaliknya, klient telah membayar beliau sebanyak USD180.

Beliau terkejut dengan jumlah tersebut, maka beliau menghubungi syarikat tersebut. Jawapan yang diterima amat mengejutkan beliau.

Tau apa jadi...


Klient tersebut menyatakan ianya sebagai "pemberian" (bukan derma tau) kepada beliau atas kerja yang beliau telah lakukan.


Kemudian beliau ditawarkan satu lagi kontrak untuk mengiklan di blog beliau bagi tempoh masa setahun. Dalam surat perjanjian, dinyatakan beliau ditawarkan bayaran sebanyak USD250 setiap bulan termasuk "komisen tambahan"


Wowww...!!! Alhamdulillah, murah rezeki beliau.

Menurut pemilik blog www.akmaomar.com,
"Kadangkala pengiklan ni suka trick kita. Nak tengok apa feedback & cara kita berurusan. Kalau dah rezeki kita tak boleh jangka kan hehe"
Bicara Bro : Rasa nak bermain dengan USD pula selepas ini.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.