Allah Sedang Menguji Kita - Mek Onie

Allah Sedang Menguji Kita - Mek Onie

Berkongsi apa yang aku rasa dan semoga menjadi iktibar untuk semua.

Bermula.

Takpe, jobless sikit pun last month & this month. Allah nak bagi rezeki yang kita rasa perlu iaitu sabar. Sabar dalam semua hal. Tak kisah la korang tengah patah hati ke. Beg duit korang tertinggal dalam kereta kawan ke(sabar ye weh,who know who u are.) Sebab Allah tengah nak menguji kau.

Allah datangkan pula dengan masalah hati dan perasaan. Tu pun satu. Allah tengah menguji kau. Samada kau dah terima ke belum ujian selepas kawen nanti (bagi yang melalui fasa-fasa bercinta,gituh..).

Sebab apa Allah datangkan ujian macam ni? Pernah terfikir tak? Tepuk dada tanya iman.


Dah cukup ke ilmu agama kau? Dah cukup ke ilmu akhirat kau? Kau rasa apa yang kurang dalam jiwa dan diri kau? Atau Allah tengah mengatur untuk yang lebih baik?

Bukan tu sahaja, bagi yang bercinta/bertunang .. Allah datangkan pula dengan pelbagai manusia yang bertopengkan syaitan merosakkan hubungan korang. Itu yang masih bercinta. Yang berkahwin? Dah tentu lagi perit untuk laluinya.

Oh lupa, cinta yang paling power ialah cinta yang speechless 5 saat. Kan?

Fikir balik, apa kekurangan kau? Sebab apa Allah bagi ujian macam ni? Sebab satu je. Allah sayangkan kau. Allah rindukan doa dan ibadat kau. Walaupun mulut kata ok. Hati biarlah Allah tahu. Samada kau kuat atau kau mengalah.

Dah okay semua. Allah datangkan lagi dengan ujian lain. Barang kau kena curi? Time tu dalam hati dah tak fikir Allah. Lepas 2 jam baru sedar. Kau lupa. Barang yang kau sayang tak semestinya akan lama dengan kau. Allah lagikan? Sebab yela. Kadang-kadang kita leka dengan dunia. Kejar dunia kejar duit semata-mata. Tapi kau lupa, rezeki tu semua datang dari Allah. Bersyukur? Tapi terdetik seperkara iaitu riak. Tak guna.

Rezeki tu pelbagai cara. Kau ada keluarga itu rezeki. Kau ada ilmu itu rezeki. Kau ada wang itu rezeki. Kau ada sahabat itu pun rezeki. Kau tengah menjaga hati orang itu pun rezeki. Leka sampai lupa Allah.

Ye betul. Hati ialah raja segala kelakuan. Kalau hati kita berbelah bagi. Macamana kita nak handle semua perkarakan? Jaga hati. Tunggu rezeki Allah. Apalagi yang Dia nak bagi kejutan? Cuma boleh ke kau sabar? Andai ujian kau begini, jangan lupa. Masih ada yang lagi hebat tengah bertarung dengan ujian dari Allah.

Bahagia dan berjaya itu tidak datang macam keretapi. Work hard with smart plan. Take time. Enjoy ur every precious time

Robbi la takilni 'ila nafsi, fa 'ajisstu 'anha

Maaf,yang lebih datangnya dari Allah SWT,yang kurang itu adalah kelemahan aku sendiri.

+Mek Onie
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.