Tengkubutang Meraung, Blog Kena Remove Oleh Pihak Google

Tengkubutang Meraung, Blog Kena Remove Oleh Pihak Google

Sediakan payung sebelum hujan, itu yang terjadi kepada blogger Tengkubutang bila dapati blog beliau telah diremove oleh pihak Google atas alasan melanggar terma.

Memang meraung si Tengkubutang bila dapati blog beliau tidak dapat diaccess dan tidak wujud melalui pautan link blog beliau yang terdahulu.

Bagaimanapun,

Beliau telah berjaya mendapatkan blog beliau semula selepas menghubungi pihak Google, dan beliau bersyukur sangat pada rakan-rakan yang banyak membantu beliau untuk mendapatkan semula blog tersebut.
"Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang banyak membantu tempoh hari. Saya terharu sangat dan sangat berterima kasih kepada semua"
Beliau siap bernazar, sekiranya beliau dapat semula blog, beliau akan terus membeli domain untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku.

Baru kini beliau tahu bertapa pentingnya memiliki Domain sendiri untuk blog.


Tak salah mengeluarkan duit sedikit asalkan asil titik peluh kita selama ini tidak hilang begitu sahaja.
"Kalau boleh, bagi rakan yang sayangkan blog, elok cepat-cepat buat domain sendiri. Sebab kita tak tahu apa google akan buat pada masa akan datang kepada blog kita.

Kadangkala, kesilapan sistem mereka juga membolehkan blog kita diremove seperti yang terjadi kepada saya."
Jika ikut, beliau rasa nak pengsan bila musibah seperti ini menimpa beliau.

Bagaimanapun banyak yang beliau pelajari dari kejadian ini. Beliau juga mencadangkan sekiranya anda ingin membeli domain sendiri, boleh roger Bro Framestone (Eh...!! Susah-susah je)

Sama-sama kita nantikan blog beliau dengan domain terbaru.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.