Dato' AC Mizal Terkejut, Blogger Banned Peaceyall FM

Halim Nadzeri Dato AC Mizal Peaceyall FM

Seorang blogger secara lantang menyatakan beliau selama ini "banned" Peaceyall FM yang diasaskan oleh Dato' AC Mizal.

Blogger tersebut telah meninggalkan komen yang menyatakan bahawa beliau telah ban "banned" Peaceyall FM pada status facebook yang telah dimuat naik oleh +Halim Brothers (Halim Nadzeri).

Komen beliau menimbulkan tanda tanya, terutama kepada Dato AC Mizal sendiri.
"Sejak kes tu terus banned banned peaceyall fm, sakit hati."
Komen tersebut telah dibalas oleh Dato'AC Mizal melalui akaun facebook rasmi beliau, untuk mendapat penjelasan dari blogger tersebut.

Mungkin anda tidak tahu bahawa Dato'AC Mizal seorang yang suka straight forward. Bertalu-talu soalan diajukan oleh Dato'AC Mizal untuk mengetahui punca kenapa blogger tersebut "banned" Peaceyall FM.


Dato' AC seperti dapat mengangak apa puncanya selepas terbaca komen balasan yang ditinggalkan oleh blogger tersebut "Pasal KUB hari tu" sebelum beliau cuba mengorek kebenaran.

Rupa-rupanya ia ada kaitan dengan Karnival Usahawan Belia yang dibuat sebelum ini. Boleh dikatakan karnival paling teruk, secara tidak langsung memberi nama buruk kepada Peaceyall selaku pihak yang mengiklan karnival tersebut.

Dari komen yang ditinggalkan oleh blogger tersebut,

Beliau agak terkilan dengan apa yang terjadi sewaktu karnival tersebut berlangsung. Dinyatakan beliau mengalami kerugian dimana karnival sepatutnya berlangsung selama 3 hari telah ditutup pada hari pertama.

Kebanyakan peniaga berang dek kerana tiada pengunjung datang ke karnival tersebut,

Lebih ketara, bila tiada promosi atau banner yang dinaikkan disekitar lokasi karnival bagi menarik orang ramai datang ke karnival tersebut.

Bagaimanapun Dato' AC telah menjelaskan perkara yang sebenar dengan berkongsikan screenshot whatsapp isteri beliau, Datin Emlyia dengan pihak penganjur yang masih berhutang duit persembahan nyanyian Dato AC sebanyak RM2,000.

Isu ini terjadi akibat salah faham blogger tersebut yang menyangka Peaceyall Fm adalah penganjur bersama bagi Karnival Usahawan Belia yang disertai beliau.

Dato' AC telah memberi penjelasan bahawa, beliau hanya membuat persembahan nyanyian dan pihak penganjur membeli iklan di peaceyall untuk membuat liputan bagi karnival tersebut.

Nampak gaya, peniaga dan Dato' AC sendiri juga terkena dengan pihak penganjur.

Isu ini menjadi semakin panas, bila peniaga-peniaga yang terlibat tidak mendapat refund duit seperti yang dijanjikan oleh pihak penganjur. Blogger tersebut juga turut menyatakan bahawa laporan polis telah dibuat terhadap pihak penganjur KUB.

Fana Bakes by Nurfarhana Chek Saat


Blogger yang merupakan pemilik Fana Bakes terkilan dengan apa yang terjadi dimana beliau mengalami kerugian yang teruk.

Diharapkan pihak penganjur yang ingin mengadakan karnival seperti ini, lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan.

Sekiranya, anda menyukai brownies, anda boleh follow instagram @fanabakes.

Artikle disediakan oleh : Halim Nadzeri (www.halimbrothers.com) untuk terbitan BRO - Blog Retis Official.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.