Jom Breakfast bersama Adi Putra dan Mira Filzah

Breakfast bersama Adi Putra dan Mira Filzah

Akhirnya tamat sudah drama TV3 - Cinta Si Wedding Planner.

Masihkah anda ingat tentang perancangan +Denaihati Network dimana mereka ingin mengadakan Event Breakfast Bersama Hero & Heroin ‪#CintaSiWeddingPlanner‬.

Anda boleh baca di SINI.

Untuk pengetahuan anda, Event "Breakfast bersama Adi Putra dan Mira Filzah" bakal diadakan pada 20 Feb, pukul 8 pagi di Bandar Baru Bangi.

Malangnya, tempat terhad kepada mereka yang telah menerima jemputan melalui status saudara +Denaihati Ilhamku yang terdahulu.

Mungkin anda boleh hubungi salah seorang admin Denaihati Network untuk mengesahkan kekosongan yang masih ada.

Mana tahu, rezeki korang ke kan.

Bicara Bro : Nak jumpa Mira Filzah. Ok Bye.....!!!

*******

Update terkini 19 Feb : Kepada rakan-rakan yang mendapat jemputan, pastikan anda datang awal. Ini kerana Mira Filzah terpaksa beransur awal atas urusan kerja.

Manakala Adi Putra bakal berada di sana sehingga pukul 11.30 pagi.

Terdapat 21 cabutan bertuah untuk mereka yang hadir esok dimana sebahagian dari hadiah ditaja oleh Mira Filzah sendiri.

Dengar cerita akan ada beberapa pengumuman yang "best" akan diumumkan esok.

Jangan kata salah satu daripadanya adalah, "Mira Filzah ingin mengumumkan tarikh penikahannya". Ramai akan kecewa nanti he..23x
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.