Budak 8 Tahun Juara Little Hufaz

Budak 8 Tahun Juara Little Hufaz

Peserta cilik, Nurul Iman Kamila Norhisyam, 8, berjaya merebut gelaran juara pertandingan hafazan cilik Little Huffaz yang dianjurkan di Kompleks Rakan Muda Baling.

Kemenangan itu membuatkan Iman menewas 10 peserta finalis lain  sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM6,000.

Pada acara itu, peserta Muhammad Aminuddin Mohd. Basir, 9, mendapat tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai RM4,000. Manakala tempat ketiga dimenangi Muhammad Uzair Ahmad Bakri, 9, menerima hadiah RM2,000.

Tujuh finalis lain ialah Muhammad Amiruddin Mohd. Basir, 9, Nurisya Khyra Zamzuri, 9, Muhammad  Abdullah Amri, 8,Muhammad Syameel Irfan Sable, 9, Nurisya Qistina Mohd Zahir, 6, Farah Insyirah Khairul Faizi, 8, dan Muhammad Afiq Haikal Norazizi , 9.


Pada pertandingan tersebut, sebanyak lima juri bertauliah mengadili pertandingan tersebut dimana Penyelia Pengajian Islam, Pejabat Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah.

Turut hadir pada pertandingan tersebut bekas pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Syeikh Dr. Khalee Hafizullah dari Iraq. Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan nasyid Far East dan kemunculan duta produk Caliph Kids, Mia Sara.

Little Huffaz turut dianjurkan Caliph Kids dan Feryal dengan kerjasama Nadi Cinta Resources.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.