Felinna Boutique Dibuka di Seksyen 7, Shah Alam

Felinna Boutique Dibuka di Seksyen 7, Shah Alam

Sambutan menggalakkan pembeli mendorong syarikat Raffelinna Sdn Bhd membuka Felinna Boutique iaitu cawangan keempat mereka di Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam.

Pembukaan cawangan terbaharu ini juga sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan Hijrah Felinna yang berada di Shah Alam, Klang, Subang, Damansara dan kawasan berhampirannya.

Pengasasnya, Nadia Fellina Abd Fattah berkata, pembukaan cawangan ini turut memperkenalkan tiga koleksi tunic dan jubah terbaharu rekaan butik tersebut.
"Sempena pembukaan butik di Shah Alam ini kami menawarkan harga menarik dan rekaan baru bagi Tunic Rayyan, Dress Lutfiyah dan Jubah Jehan.
Ia menjadikan kesemuanya tujuh tekaan eksklusif yang dijual termasuk kardigan, kurung moden dan selendang. Hari ini kami menawarkan promosi harga runtuh iaitu serendah RM99 bagi jubah dan RM69 bagu tunic."

Fellina Boutique masih beroperasi di tiga cawangan lain iaitu Bangi, Alor Setar dan Bertam, Kedah.


Majlis tersebut dilancarkan oleh suaminya yang juga Pengarah Urusan Raffelinna Sdn Bhd, Muhammad Rafi'e Ramli.

Mereka menawarkan sebanyak 5,000 helai kepada pelanggan yang datang terus ke butik berkenaan sepanjang majlis pelancaran yang berlangsung selama 2 hari.

Menurut Fellina, rekaan tunic jenama Dilwale paling mendapat sambutan menggalakkan berikutan fenomena filem hindi Diwale yang masih lagi hangat.

Tambahnya, jubah jenama Adelia dan kardigan turun menjadi pilihan pelanggan.

 Dapatkan pelbagai pakaian Muslimah kontemporari di cawangan terbaharu butik Hijrah Felinna Jalan Plumbum, Shah Alam. Butik ini dibuka sepanjang hari Selasa – Ahad bermula 10 pagi sehingga 6 petang.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.