Jana RM3,500 kepada RM35,000 dari Job Wedding - Anwar Abdullah

Anwar Abdullah Jana RM3,500 kepada RM35,000 dari Job Wedding

Andai kata dulu dapat purata job wedding bernilai RM3500 sebulan, macam mana cara nak purata job wedding bernilai RM35,000 sebulan pula?

CARA PERTAMA,
Guna kuasa volume amik job banyak dan delegates pada team.

CARA KEDUA,
Upgrade skills dan push satu job dapat RM10,000 dan amik 3-4 job sebulan maka sebulan purata bernilai RM30-40k.

****************

Pro and kontra :


METHOD PERTAMA.

Akan lebih banya cabaran sebab nak uruskan team dan nak make sure hasil kerja yang sekata dan 'maintain the quality'. Cuma kalau nak push job banyak kita akan push untuk jual pakej murah.

Kebaikkannya, kita boleh fokus kepada kerja yang lebih penting seperti cari sales dan pengurusan. Andai kita sakit atau kecemasan masih ada orang yang boleh buat kerja kita.

METHOD KEDUA.

Lebih mudah sebab kita handle few clients sahaja dan push our creativity to few clients only. Jadi, kita boleh control quality, dan cukup masa nak berkarya. Kita nak push harga tinggi boleh tapi hasil kerja kena betul-betul bagus dan punya 'Branding' yang power!

Tapi masalah akan tiba jika kita sakit, atau ada faktor-faktor kecemasan yang lain.

Kaio Studio - Photography & Cinematography


****************

Kesimpulan,

Apa kata kalau kita buat method pertama campur method kedua. Kenapa?

Kita boleh push volume dan pada masa saya push harga tinggi. Caranya pula macam mana? Kita bukan nak develop photographer sahaja, tetapi kita kena develop team dan pastikan develop 'BRANDING'!

Delegates kerja dan provide training untuk team. Dari segi shooting dan editing. Sediakan SOP supaya masing-masing tahu apa kerja nak kena buat.

Business masih boleh berjalan jika kita tidak turun padang. Kalau client request kita yang turun, 'RATE' berbeza lah ye dak?

Tapi macam mana kalau ada team member keluar dari company dan buat sendiri? Its okay, orang akan datang dan pergi, rezeki itu luas, kita tak boleh sapu semua.

Andai mereka pergi, maintain the relationship sebab in future kita mesti memerlukan pertolongan bekas team kita juga.

Sebab tu kita kena pastikan Branding kita tu kukuh. Walaupun ahli pasukan bersilih ganti, BRANDING kita masih akan kukuh di pasaran andai SOP kita terjaga. BRANDING dan servis bagus, orang masih mahu servis kita lagi.

Banyak production-production senior yang ada dalam market Malaysia yang ahli pasukan dah keluar dan buat job/company sendiri. Tapi team-team production senior ni masih kukuh dalam pasaran, dengan job korporatnya, job stesen TV nya, dan macam-macam lagi. Itu tak bicara perihal wedding lagi, memang shoot VVIP sahaja.
smile emoticon

*******************

p/s: Ini hanya bicara dalam wall facebook (facebook beliau). Nak laksana bukan semudah yang disangka. Moga jadi manfaat untuk kita semua.

Dari Anwar Abdullah insan yang masih perlu banyak belajar. Tunjuk ajari saya andai ada kekurangan. www.kaiostudio.com
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.