"Kau travel dapat apa?" - Taufiq Helios

Kau travel dapat apa - Taufiq Helios

Kalau orang tanya, "Kau travel jauh-jauh ni dapat ape?"

Jawapan tipikal opkos la, "Melihat keindahan bumi tuhan/ taw culture orang lain etc etc" kan?

Betol lah tu.


Tapi for me, kalau nak huraikan tu, ape yang dapat sepanjang travel ni banyak. Dari segala segi aspek pon dapat.

  1. Dapat melihat telatah orang lain ; yelah kan. ada setengah tu konon dah travel jauh. mula la rasa dia lah paling best, dia lah paling beradab, dia lah paling berpengetahuan luas. bila orang travel tak sama gaya dia travel, mula lah nk keluar isu "apelah diorang ni..bla bla bla". mula lah keluar isu "apelah traveler melayu ni belagak tanak senyum" (contoh jelah hiks!)
  2. Boleh ambil iktibar dengan ape yang berlaku di tempat yang kita pegi ; bak kata pepatah "lain padang lain belalang" or "hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik negeri sendiri". yes, tak dinafikan sebagai contoh, kalau kita travel dia negara yang lebih maju atau infrastruktur dia lebih maju dari malaysia, mesti kita nak compare kat negara luar lagi best. betol kan? tak salah, tapi disebalik tu benda tu leh jadi iktibar. kenapa diorang kat sana boleh lagi maju. contohnya, kat malaysia ni naik tren kemain berebut, kalau pegi negara yang rakyatnya beratur, balik malaysia sila lah praktiskan. tapikan, jauh mana travel pon, buruk mana pon malaysia, saya memang tetap rindukan malaysia sebagai tanah tumpah darah.
  3. Selain dari dua benda kat atas tu, dengan travel, saya jadi celik ekonomi. takdelah jadi expert. tapi ada lah sesikit. kita dapat tengok prestasi ekonomi negara yang kita pegi dan ekonomi malaysia tu sendiri. saya bagi contoh ; katalah kita pegi ke negara yang ekonomi yang stabil (matawang tinggi) , dengan tak langsung kita ambil peduli prestasi matawang negara kita dan negara yang kita nak pergi tu. secara tak langsung, kita belajar plan macam mana nk uruskan kewangan bila travel dan juga masa dalam negata sendiri.
  4. Seterusnya, dapat belajar tricks and tips kelansungan hidup. macam mana nak survive kalau pergi ke negara yang mahal, macam mana nk cari makanan halal, macam mana nak plan bajet, macam mana nk dapatkan tiket murah. macam mana nk setel kalau ada unfortunate event berlaku such as passport hilang ke, kena rompak ke. secara tak langsung dapat apply even dalam negara sendiri.
  5. Travel ni secara tak langsung dapat buat kita tambah ilmu yang tak pernah kita belajar. contohnya nak pegi ke sesuatu tempat tu, kita mesti research habis. tempat tu macam mana. nak sampai macam mana. bila dah ada sana macam mana.
  6. Selain tu, dengan travel pon dapat buat pahala. macam mana? bila dah balik, kalau orang mintak tolong, boleh la kita tolong untuk trip dia pulak. (tapi takde lah sampai kena spoonfeed kan hahaha)
So sape cakap travel ni tak best? Macam macam boleh dapat. Lebih dari 5 point yang disenaraikan pon boleh dapat.

Jom ke kashmir? haha!

- +Taufiq Helios  -

Bicara Bro : Dah lama tak travel, banyak jemputan yang memerlukan Bro travel jejauh terpaksa ditolak.

Anak xde orang nak jaga. Wife kerja dan susah nak apply cuti.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.