Khairul Hakimin Dicabar Jadi Kopi Barista

Khairul Hakimin Dicabar Jadi Kopi Barista
Blogger Khairul Hakimin Muhammad telah dicabar oleh salah seorang pelajar beliau yang kini menjadi salah seorang yang berniaga di Central Market.

Cabarannya adalah,

Beliau perlu menjadi Kopi Barista selama satu jam di Kasturi Walk (katanya lokasi tiada aircond). Disebabkan cabaran tersebut agak menarik, maka beliau terus terima tanpa banyak soal.


Malangnya, ianya bukan terima cabaran ini dengan tangan kosong.

Beliau akan membawa 50 naskah buku yang mana 10 daripadanya akan dihadiahkan kepada pembeli kopi yang beliau gemari.
"Nak tahu kopi apa, kau kena beli kopi kau dan kalau ia sama dengan kopi kegemaran abang, kau akan dapat buku siap tandatangan bersama sekeping brownies! Power tak? Mesti simpan bawah bantal punyalah buku tu.

Kau datang ke kedai kopi ni, beli kopi. Kalau takat nak bergambar dengan abang, lepas jam 2.00 okeh. haha ye ye je, tah tah tak ada siapa pun sudi. kua kua kua."
Butiran cabarannya adalah seperti berikut,

Tarikh: 21hb Februari, 2016
Hari: Ahad
Jam: 1pm-2pm
Tempat: KPKopies, Kasturi Walk, Central Market, Kuala Lumpur.

Dalam masa yang sama, beliau meminta rakan-rakan viralkan tentang cabaran ini kasi bergegar CM pada hari kejadian
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.