Mek Onie Inginkan Privasi, Seram Jumpa Wartawan

Mek Onie Inginkan Privasi, Seram Jumpa Wartawan

Sejak tiada privasi dalam kehidupan peribadi, blogger +Mek Onie  lebih berjaga-jaga bagi mengelakkan hidupnya terus diganggu.

Perkaranya ini bermula pada awal tahun ini, dimana kehidupannya tiada privasi bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menganggu ketenteraman hidup beliau dan keluarga.

Sejak itu, beliau lebih berhati-hati berkongsi cerita ataupun meluahkan sesuatu di laman sosial.

Bagaimanapun,

Sebagai blogger dan seseorang yang berpengaruh dalam dunia sosial media, beliau tidak dapat lari dari wartawan yang ingin menemubual beliau.

Terutama wartawan dari BRO - Blog Retis Official.


Baru-baru Bro telah menemui beliau sewaktu Projek Travel 2nd Anniversary Party yang berlangsung baru-baru ini.

Boleh nampak terpapar wajah kecuakan dan keseraman sehingga meremang bulu roma (sebenarnya sejuk aircond). Setiap tutur kata, beliau cuba susun sebaiknya supaya ianya tidak disalah ertikan.

Beliau sendiri akui, bahawa beliau kalau boleh nak mengelak dan inginkan ruang untuk dirinya sendiri sejak kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Beliau juga serik untuk berkongsikan nombor telefon pada umum bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menganggu privasi beliau.

Rasanya, retis seperti beliau perlu pasang PA ataupun manager.

Apa-apa pun moga beliau kembali aktif seperti dahulu, dan tabah menghadapi dugaan ini.

Bicara Bro : Terima kasih Lensofobia Visual atas gambar paparazi ini.

Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.