Panorama gondol Anugerah Dokumentari Pelancongan Terbaik

Panorama gondol Anugerah Dokumentari Pelancongan Terbaik

Program Program terbitan Unit Majalah dan Dokumentari (UMD), RTM mencipta sejarah pertama kalinya dengan memenangi Tempat Pertama Anugerah Media Elektronik & Online Broadcasting (Berita & Rencana) anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Kementerian Kerja Raya pada 30 Oktober 2015.

Episod "IBS, Cepat, Selamat dan Efisien" menyaksikan Rosli Mohd Nordin dan Wan Aliazar Wan Halim membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000.00 dan trofi.

Malam tadi, program Panorama mencipta sejarah sekali lagi dengan penerbitan episod "Jaguh Laut" yang diterbitkan oleh Jasmaidy Mat Aroff dan di acarakan oleh Rosnani Nasir berjaya mengondol Anugerah Dokumentari Pelancongan Terbaik sempena Anugerah Pelancongan Malaysia 2014/15 yang di adakan di PWTC pada 17 Februari 2016.

Anugerah ini pertama kali diperkenalkan pada edisi ke 19 kali ini bersaing dengan penerbitan swasta dan juga dari luar negara.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.