Pantau Perbelanjaan - Abang Ensem

Pantau Perbelanjaan - Abang Ensem

#‎NotaHartanah - PANTAU PERBELANJAAN

"AE kaya. Nak beli apa pun semuanya mampu. Macam saya ni, belanja harian pun belum tentu cukup. Apatah lagi nak beli rumah", itu kata2 yang terukir dari bibir salah seorang follower aku malam tadi usai pertemuan yang diminta olehnya bagi merungkaikan masalah kewangan beliau.

Aku hanya mampu tersenyum sementelah aku pernah turut berada dalam situasi beliau di kala gaji bulanan aku sekadar RM1,750 sebulan.

Tanpa sebarang ruang atau peluang untuk membuat income sampingan disebabkan faktor kesihatan.

Lalu apa yang mampu aku lakukan adalah dengan memantau perbelanjaan harian aku.


Dari sekecil tambang bas Shah Alam ke Kapar (aku bekerja di Public Bank Kapar ketika itu), sehinggalah ke instalmen bulanan Courts Mammoth bagi pembelian TV Sony 14", semuanya aku rekodkan dan resitnya aku simpan.

Dan habit tersebut berterusan hingga kini. Sekurang2nya, aku mengetahui anggaran belanja bulanan aku. Bahagian mana yang perlu aku kurangkan agar simpanan bulanan aku dapat aku tingkatkan.

Jika pemantauan sekecil ini (menyimpan resit atau merekodkan perbelanjaan harian) pun tidak mampu anda lakukan, janganlah berminpi untuk melabur, kerna pelaburan memerlukan kerja yang lebih 'detail' dari ini.

Percayalah, jika rutin sebegini yang anda lakukan setiap hari, usahkan flat buruk, banglo mewah pun tidak mustahil untuk anda miliki.

Aku telah pun melaluinya dan aku masih lagi menyimpan sebarang resit sehingga kini.

SHARE jika bermanafaat.

Abang Ensem,
www.abangensem.com
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.