Portal ewahwah.com Bakal Dilancarkan Secara Rasmi

Portal ewahwah.com Bakal Dilancarkan Secara Rasmi

Salah satu portal hiburan yang sedang meningkat naik, www.ewahewah.com bakal dilancarkan secara rasmi pada 30 April 2016 di Danga City Mall, Johor Bahru.

Pelancaran ini diadakan sempena Urban Lifestyle Expo 2016 yang akan berlangsung di sana anjuran Big Bash Empire Plt.

Selaku portal rasmi bagi acara ini, ewahewah.com turut mengajak lebih ramai usahawan tempatan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan di Urban Lifestyle Expo 2016 itu nanti.

Pada majlis tersebut, terdapat selebriti yang akan hadir sebagai tanda sokongan terhadap pelancaran portal ewahewah. Mereka juga akan membuat persembahan dan yang menariknya, masuk adalah percuma.


Untuk pengetahuan anda,

Ewahewah merupakan sebuah portal yang mengetengahkan dunia hiburan, promosi produk, hospitaliti dan gaya hidup.

Ianya telah beroperasi secara tidak rasmi sejak 30 November 2015 dan mula mendapat perhatian ramai.

Dikendalikan syarikat JD Ideas, portal ini diketuai oleh Ketua Editor +Juan Danza yang berpengalaman dalam dunia kewartawanan dan perhubungan awam selama 12 tahun.

Misi portal ini ialah membantu industri seni dan perniagaan tempatan tidak mengira yang baru atau popular.

Menurut Juan,
"Memang perancangan saya ingin menjemput rakan blogger untuk membuat liputan sewaktu majlis pelancaran ini. Sekiranya berkesempatan, pastikan anda membawa passport"
Bawa passport? Jeng jeng jeng.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.