Pensyarah Aku Ada PhD, Tapi...

Pensyarah Aku Ada PhD, Tapi...

Yang pakai hoodies ni nama dia Theo Lynn.

Pensyarah aku masa aku belajar dulu. Penyelia yang paling aku suka.

Selain mengajar, dia juga adalah CEO Rendicity, sebuah syarikat pembekal perisian dan khidmat rendering 3D ke dalam cloud yang beroperasi dari Dublin, Ireland.

Sebagai usahawan, dia pernah memiliki 3 lagi syarikat ICT dan menjualnya semula apabila syarikat tersebut sudah berjaya.

Dia pernah memperolehi sehingga 120 geran dari pihak swasta dan kerajaan Ireland untuk pelbagai penyelidikan dan pembangunan produk, kebanyakannya semasa bernaung di bawah Dublin City University.

Dia ada PhD. "Doctor of Philosophy". Ijazah Kedoktoran kalau dalam Bahasa Melayunya.

Boleh dipanggil "doctor" la kiranya.

Tapi dia ada kepantangan. Dia cukup pantang kalau pelajar2 seliaan dia panggil dia "doctor".

Dia akan kutuk pelajar dia yang panggil dia "doctor" on the spot. Walaupun dalam kelas. Dia akan tegur dan pastikan pelajar tu takkan panggil dia "doctor" lagi.

Dia pernah marah aku sambil berseloroh bila aku mula2 masuk kelas dia aku panggil dia "doctor".

Katanya, "Engkau panggil aku doktor ni, engkau ingat, aku boleh ubatkan penyakit kau?"

Berderai kelas gelakkan aku. Dia la paling kuat menganjing aku lepas2 tu. Memang style dia melawak sambil perli2. Kena tahan sikit la dengan dia ni.

Katanya lepas tu, "Di sini, takde orang panggil aku "doctor". Panggil aku Theo, Kita sama je."

Terpinga2 juga mula2. Tersasul pun ada. maklumlah, tak pernah jumpa pensyarah yang ada PhD tak nak dipanggil "doctor". Sudahlah begitu, disuruh pula panggil nama sahaja.


Kemudiannya dah terbiasa panggil dia Theo sahaja. Kami banyak belajar dari dia dan dalam masa yang sama, kami juga mesra berkawan. Jadi, masa aku dah nak balik Malaysia, aku ada jumpa dia. Hari terakhir aku di DCU.

Lepas bergambar ni rasanya aku tanya dia nak bagi puas hati.

Aku tanya dia tentang kepantangan dia yang satu ni. Pantang dipanggil "Doctor".

Dia kata;

"Orang akan gelakkan aku kalau dengar ada yang panggil aku doctor!" Katanya bergurau macam biasa.

"Kedoktoran aku ni bukan untuk orang panggil aku dengan gelaran tu, tapi untuk buatkan aku sedar apa yang aku ada, aku kena bagi lebih banyak lagi untuk orang lain. Apalah nak dibanggakan sangat. Sekarang ni aku takde banyak. Jadi bila orang panggil aku doktor, aku segan lah," tambahnya lagi.

Orang yang ada PhD, yang ada banyak syarikat, pandai dan cerdik macam dia masih lagi segan dengan apa yang dia ada.

Dia pun rasa dia tak cukup power lagi.

Bukan apa. Aku teringat dan nak bercerita tentang perbualan ni pasal dari semalam sampai hari ni, aku nampak ramai benar yang mengutuk, membodoh2kan orang yang ada SRP je.

Mungkin, dia rasa dia berhak pasal dia cerdik dan belajar lebih tinggi.

Setidak2nya mestilah dia belajar lebih tinggi dari Theo Lynn ni. Untunglah.

-KAM-
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.