Projek Travel 2nd Anniversary Party

Projek Travel 2nd Anniversary Party bakal berlangsung Restoran D’Saji KL Titiwangsa

Seperti yang anda sedia maklum, Projek Travel 2nd Anniversary Party bakal berlangsung Restoran D’Saji KL Titiwangsa pada 20 Februari 2016.

Majlis dengan tema "Black and Gold" akan bermula pada pukul 7 malam hingga 11 malam.

Dijangkakan lebih kurang 100 jemputan akan hadir yang terdiri dari rakan blogger, media, selebriti, penaja dan Sahabat PT.


Tetamu akan disajikan dengan persembahan dari Sakura Band, Sandra dan Sarah Fazny, begitu juga dengan persembahan kebudayaan dari D'Saji.

Ini kali pertama +Projek Travel mengadakan majlis seperti ini.
"Memandangkan ini first time kami organize event besar, dan tak percaya dengan sambutan daripada pihak sponsor yang tampil, more than expected, kami cuba lah buat terbaik", kata saudara Khairul Anuar @ +penaberkala nuar
Beliau juga meminta maaf kerana tidak dapat menjemput lebih ramai kerana tempat terhad. Harap dilain masa, ada peluang seperti ini untuk rakan-rakan yang tidak dapat turut serta.

Buat masa kini, senarai penaja dimuat naik di laman Instagram Projek Travel sebagai tanda perhargaan.

Terdapat banyak hadiah untuk dimenangi oleh tetamu yang hadir.

Hashtag rasmi untuk majlis ini - #HBProjekTravel #DSajiKLTitiwangsa #ProjekTravel

Pastikan gadget anda berkuasa penuh, dan bekalan tenaga tambahan (powerbank) dibawa sama. Dalam masa yang sama, anda digalakkan bergaul mesra dengan tetamu yang hadir.


Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.