Red Mummy Jatuh Sakit, Disyaki Mengidap Jangkitan

Red Mummy Jatuh Sakit, Disyaki Mengidap Jangkitan

Terkejut dengan berita yang baru diterima dari suami kepada blogger terkenal Malaysia, Red Mummy bila beliau dikatakan ditahan wad bila disyaki mengidapi jangkitan.

Buat masa ini, belum lagi dinyatakan jenis jangkitan yang beliau hadapi.

Doakan moga yang terbaik buat beliau.

Menurut status yang dimuat naik oleh suami beliau pada 7 Feb 2016,

Red Mummy seorang yang susah nak sakit mahupun demam, tiba-tiba badan menyejuk kemudian pitam.

Maka beliau telah dibawa ke klinik dan menerima suntikan. Jika dalam tempoh 24 jam tiada tanda-tanda akan pulih, maka beliau akan dibawa terus ke hospital.


Kini beliau telah ditahan di wad (nama hospital tidak dinyatakan), dalam tempoh 4 hari ini.

Tiada apa-apa perubahan pada beliau. Sekejab ok, kemudian demam semula. Pihak hospital masih belum dapat memastikan jangkitan yang beliau hadapi.

**********

Update Terkini : Beliau disyaki mengidap demam denggi.

Perkembangan terbaru akan kami kemaskini dari masa ke semasa.

Bicara Bro : Orang yang jarang sakit dan demam, Kalau sekali jatuh sakit, memang terus juga keadaan dia.

Contoh terdekat, adalah Bro sendiri.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.