Save Our Rainforest Race

SAVE OUR RAINFOREST  RACE - POKOK ADALAH MASA DEPAN KITA

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam atau PEKA bakal menganjurkan  'SAVE OUR RAINFOREST  RACE - POKOK ADALAH MASA DEPAN KITA' pada 26hb Mac 2016 di Pusat Pelancongan Pendidikan Eco-Edutourism Hutan Simpan Sungai Menyala Port Dickson , Negeri Sembilan.

Ia adalah simbolik menyelamatkan hutan di negara   ini yang semakin  berkurangan, Peserta-peserta SORR2016 akan berlumba sejauh   16km   untuk   menanam   pokok-pokok   hutan   di   kawasan yang   ditetapkan.

Sepanjang laluan perlumbaan, peserta-peserta akan melalui beberapa cabaran termasuk menyelesaikan permainan yang  menarik dan  relevan sesuai dengan  visi SORR 2016 pada kali  ini.


Seperti program   SORR   yang   lalu,   visi   dan   objektif   SORR   2016   adalah   bertujuan   meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan hutan Hujan Tropika di negara ini dan mendidik peserta dan masyarakat untuk turut sama menjaga alam sekitar secara mampan untuk generasi kini danakan   datang.

Selain   itu,   program   SORR   2016   ini   turut   berhasrat   mengumpul   dana   untuk kempen kesedaran dan program pendidikan PEKA pada masa akan datang.

SORR 2016 menyasarkan penanaman sebanyak 4,000 batang pokok hutan yang terdiri daripelbagai spesis dengan penyertaan sekurang-kurangnya 2000 orang peserta yang terdiri dari pelbagai   lapisan   masyarakat   untuk   turut   serta   khususnya   pelajar-pelajar,  syarikat   korporat, individu dan sebagainya.


Setiap peserta yang disertai oleh 2 orang bagi setiap kumpulan akan berpeluang mendekati dan memahami khazanah alam dan cara-cara penanaman pokok yangbetul. PEKA Malaysia juga mengalu-alukan pihak korporat dan individu untuk bersama-sama menaja atau membantu dari aspek kewangan atau barangan untuk menjayakan SORR 2016 ini.

Kepada  sesiapa yang berminat menyertai  SORR2016, mereka boleh mendaftar melalui facebook  dan website  PEKA yang  telah dibuka untuk orang ramai   mendaftar  dengan yuran penyertaan sebanyak RM80.00  seorang (RM160.00 per kumpulan).

Seperti program  SORR sebelum ini, yuran penyertaan ini termasuklah pek perlumbaan (Race kit) yang terdiri dari satu set anak pokok, sarapan  pagi, makan tengahari t-shirt rasmi SORR2016 dan ‘doorgiftSORR2016’.Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada  XX Mac 2016 dan peserta-peserta yang berminat digalakkan mendaftar segera dan tidak menunggu di saat-saat akhir.

Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat dan pendaftaran SORR 2016, orang ramai boleh melayari  www.pekamalaysia.org atau mengikuti berkaitan PEKA dan SORR2016   di :

Facebook : PEKA MALAYSIA
Susee :  (6016 20102014)
Arizal Rahman :  (601112249782)
Izwan :  (6017 9321899)
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.