Hasrul Hassan Kongsi Apa Yang Blogger Perlu Ada


Hasrul Hassan Kongsi Apa Yang Blogger Perlu Ada
Blogger yang boleh dianggap sebagai Sifu Blogspot di Malaysia +Hasrul Hassan telah berkongsi satu rahsia tentang apa yang perlu ada bagi seorang blogger.

Tak kisah anda blogger separuh masa atau suka-suka.

Di sini beliau senaraikan apa yan perlu ada pada seorang blogger seperti anda:



1 - Kad Nama


Kad nama, tak perlu gempak-gempak atau harga mahal-mahal. Busuk-busuk pun print sendiri je, jimat.

Pada kad nama tadi, pastikan anda letak nama, email dan url blog. Jika nak letak no telefon pun boleh, cuma agak susah skit bila nak jaga privacy.

Contoh :-

Name Card Top Blogger Malaysia Bro Framestone



2 - Rate Kad


Perkara lain yang perlu anda terapkan sekiranya ingin menjana pendapatan dari blog, pastikan anda memiliki rate card untuk pengiklanan.

Tak kisah jika harga iklan yang anda tawarkan serendah RM30.

3- Profile Sebagai Blogger

Sebagai blogger yang ingin dikenali, seeloknya memiliki profile diri sebagai blogger.

Pada profile tersebut, sertakan sekali nama fanpage, nama blogger, berapa likes, berapa followers ...

Perlu ke semua ini?

Yup, perlu..!! Sekurang-kurangnya apabila diminta, anda boleh terus berikan.

4- Bergerak Dalam Kumpulan

Nak lebih mantap, rasanya elok ada geng network, yang satu genre, satu niche; bila ada job boleh bergerak dalam kumpulan.

Tak perlu besar, 3-5 orang sudah memadai. If tak cukup, boleh request Bro Framestone untuk turut serta.


5- Mentor - Tunjuk Ajarku Sifu

Perlu sedar diri, anda tidak dilahirkan sebagai blogger yang hebat. Perlu ada mentor yang akan menjadi sifu, penasihat, tempat rujukan jika ada masalah atau meminta pandangan bila nak buat satu keputusan.

Dalam bab ini,

Jangan minta Bro Framestone jadi mentor, dia sendiri pun ada banyak masalah dan pandangannya agak kabur-kabur.

6 - Dekati Blogger Berpengaruh

Jika anda masih sedu-sedu atau kurang berpengaruh. Rerajin dekati blogger berpengaruh dan mempunyai network.

Letak nama dia dalam list utama.

Mana tahu, kalau ada projek besar yang beliau ingin kongsikan, atau ada projek yang boleh di JV. Silap-silap jadi pasangan hidup, siapa tahu he...23x

Ini tips yang boleh beliau kongsikan untuk hari ini ‪#‎panduanblogger‬. Jemput baca www.hasrulhassan.com

Bicara Bro : Gua seorang yang kedekut ilmu, tak macam Hasrul Hassan. Itu apa yang orang cakap la.

Tapi kenyataannya, gua sendiri rasa macam xde pe2 ilmu yang boleh dikongsikan. Sebab gua pun masih lagi belajar memperbaiki diri sendiri.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.