Drypers Lancar Semula Kempen Moms of Malaysia (MOM)

Peneraju jenama lampin pakai buang, Drypers meneruskan komitmen dalam usaha menyerlahkan ikatan istimewa menerusi pelancaran semula kempen Moms of Malaysia (MOM) yang mengalakkan kaum ibu supaya menghargai setiap detik yang bermakna tersebut.

Drypers juga menyeru ibu-ibu yang pengasih supaya mengambil bahagian dalam Share A Little Comfort, iaitu satu program inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang menyasarkan transformasi ke atas empat buah rumah anak yatim menjadi sebuah kediaman yang lebih selesa buat insan istimewa di situ.

Kempen Moms of Malaysia anjuran Drypers menyasarkan untuk memberi kesedaran kepada kaum ibu di seluruh negara mengenai betapa pentingnya setiap detik yang dilalui mereka bersama si kecil.


Ibu-ibu dari seluruh Malaysia digalakkan supaya berkongsi gambar detik manis mereka dengan si kecil secara memuat naik gambar ke laman Facebook dan Instagram dengan hashtag #momsofmalaysia dan tag Drypers Malaysia.

Semua gambar akan dipaparkan semasa pelancaran rasmi pada Mei nanti.

Share A Little Comfort

Bersempena pelancaran kempen MOM 2016, Drypers turut menganjurkan program CSR, Share A Little Comfort dengan matlamat menyediakan kediaman yang lebih selesa kepada anak-anak istimewa itu.

Justeru Drypers mengalukan ahli Drypers Baby Club supaya menderma sebahagian mata ganjaran untuk program CSR ini. Mata ganjaran (yang dikumpul menerusi pembelian produk Drypers) boleh didermakan dalam amaun 100, 300 atau 500 menerusi akaun keahlian online dan Drypers akan memadankan jumlah mata ganjaran itu dengan setiap sumbangan.

Matlamat utama ialah mencapai mata ganjaran keseluruhan sebanyak 1 juta yang menyamai nilai RM100,000, di mana sejumlah besar akan disalurkan kepada program pengubahsuaian menjadikan sebuah kediaman yang lebih selesa.

Sebagai permulaan, Drypers akan melakukan renovasi dan meningkatkan keselesaan untuk rumah pertama, iaitu Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat di Banting yang beroperasi sepenuhnya daripada dana penyumbang-penyumbang berhati mulia.

Dana akan digunakan untuk melakukan pelbagai pembaikan ke atas ruang kediaman yang menempatkan 120 anak-anak yatim berusia 2 hingga 18 tahun.

Renovasi melibatkan kerja baik pulih, mengecat dan menambah perpustakaan. Akemi dan Favorita ialah rakan kongsi Drypers dalam inisiatif CSR kali ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia dan menjadi petugas sukarelawan, sila layari laman Facebook Drypers Malaysia di https://www.facebook.com/DrypersMY.

Untuk menderma mata ganjaran, ibu-ibu boleh layari http://bit.ly/1TCGkOE.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.