Kemenangan Jadi Pendorang Uzu Emas Putih Aktif Berblog

Kemenangan Jadi Pendorang Uzu Emas Putih Aktif Berblog

Tahniah diucapkan kepada Blogger +Emas Putih yang telah memenangi Anugerah Blog Paling Menarik (Engaging) bagi Anugerah MSMW2016 yang berlangsung baru-baru ini.

Kemenangan beliau telah berkongsi dalam akhbar Utusan Malaysia (Sabtu, 19 Mac).


Bagi beliau,

Kemenangan ini akan menjadi pendorong dan semangat baginya untuk terus melibatkan diri dalam dunia blog.
“Saya menceburkan diri dalam dunia blog sejak enam tahun lalu ketika belajar di Politeknik Kota Kinabalu.

“Hobi saya suka menulis dan dengan kemenangan ini saya akan terus berkongsi maklumat dengan masyarakat terutama tentang gaya hidup, kecantikan dan pengembaraan,”
MSMW 2016 adalah acara yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Pendidikan bertujuan menghargai sumbangan serta hasil kerja sektor korporat dan penulis blog kepada masyarakat melalui penggunaan media sosial.

Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/i-utusan-online-i-aktif-salur-berita-dalam-media-sosial-1.199786
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.