Pilih Berdiam Diri Dari Mengkritik - Uncle Zuan

Pilih Berdiam Diri Dari Mengkritik - Uncle Zuan

Nak kritik atau bagi teguran tu tak susah mana. Tapi aku lebih banyak diam diri sahaja daripada menegur atau menkritik.

Ada 2 sebab kenapa aku banyak diamkan diri sahaja daripada menyusahkan diri dengan menegur atau mengkritik sesuatu perkara, iaitu;

  1. Individu atau organisasi yang buat masalah yang nampak boleh dikritik tu adalah manusia yang berakal (maknanya bukan orang gila). Jadi ada kemungkinan mereka dah sedia maklum akan ralat tersebut dan cuba selesaikan ralat tu sebelum terdedah dan mungkin ralat tu memang sukar diselesaikan. Dalam logik, mungkin diorang dah alert. Jadi aku ambil keputusan untuk tak berlagak pandai dengan menegur ralat tersebut.
  2. Individu/organisasi tersebut dah tentu manusia yang ada perasaan. Apa perasaan diorng kalau aku abibkan diorang dengan teguran tahap dewa aku? Maaf la, mengaibkan orang tu sesuatu yang sangat tak manis. Aku benci perkara yang aibkan orang lain!
  3. Dah tentu bukan aku je yang nampak ralat tu. So tak payah buang tenaga aku tegur ralat tu.

Jadi, kalau dah rasa buat ralat tu, mintak maaf je la dengan public. Sebab tak semua public berfikiran macam aku.

Kredit : +Uncle Zuan (www.unclezuan.com)

Ucapan Ulang Tahun Pertama BRO - Blog Retis Official dari Eazy Izzuddin dan Uncle Zuan
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.