Produk Sidra Care Berasaskan Daun Bidara Dilancarkan


Duta Produk dan Pengasas Syarikat AAY Permata Trading bersama ahli kumpulan Rabbani
Syarikat AAY Permata Trading telah melancarkan beberapa produk di bawah jenama Sidra Care.

Antara produknya adalah seperti Gel Mandian Bidara, Minyak Angin Daun Bidara, Mandian Bidara Kasih, Kasturi Bidara dan Wangian Kereta Bidara dan yang terbaru ialah Losyen Bidara.

Menurut Muhammad Afif,

Produk keluaran Sidra Care adalah berasaskan daun bidara yang mengandungi pati bidara semulajadi yang dapat membantu menenangkan jiwa dan mengharmonikan kembali tenaga baru dan memulihkan semangat dalaman setiap kali digunakan.

Gel Mandian Bidara merupakan produk paling mendapat sambutan.

Produk ini dirumus khas untuk merawat penyakit-penyakit bersifat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir.


Gel Mandian ini turut mengandungi nilai pH yang sangat tinggi yang baik untuk kulit serta memberi keselesaan dan kesegaran kepada pengguna.

Produk-produk Sidra Care boleh didapati dengan harga sangat berpatutan iaitu serendah RM19.90.

Mohammad Afif berkata, Sidra Care telah bersetuju untuk memberikan hasil jualan sebanyak RM10,000 sebagai sumbangan untuk pembangunan Madrasah Tahfiz Darul Ulama.

Selain itu, pelbagai aktiviti telah dirancang bersama duta produk termasuk lawatan menunaikan umrah bersama 30 peserta dan Ustaz Ghazali Ibrahim (pemilik Muhibbin Holiday Travel) pada 8 Mac sehingga 19 Mac 2016.

Jualan istimewa produk Sidra Care turut diadakan menerusi Karnival Ummah Bistari di Padang Anggerik Saujana Utama, Sg Buloh pada 25 Mac sehingga 27 Mac 2016.

Usahawan yang berminat untuk menjadi ejen atau wakil jualan boleh menghubungi talian, 011-66 99 565. Pihak syarikat turut memberi bimbingan usahawan dengan menyediakan model latihan secara online dan offline.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.