Yaya Natsumi - Dari Blogger Jadi Pelakon Drama

Yaya Natsumi Berlakon Drama Sediakan Payung Sebelum Rumah

Episod pertama program ilmiah yang bertajuk Sediakan Payung Sebelum Rumah disiarkan. Facebook Yaya Natsumi bertubi-tubi diserang oleh "peminat" beliau.

Program yang berkonsepkan drama pendek, nasihat dan tips dari pakar hartanah Tuan Bri, serta ulasan dari mereka yang arif di akhir rancangan.

Dalam masa yang sama, ia juga mempamer dan menyelami dilema yang dihadapi oleh anak muda yang sedang berusaha meningkatkan nilai kualiti hidup iaitu Hariz (Ungku Hariz) , Sakhee (Sakhee Shamsuddin), Intan (Intan Liyana) dan juga Yaya (Hidayah Iqmal a.k.a Yaya Natsumi)


Sediakan Payung Sebelum Rumah
Ok, dah tahu nama sebenar Yaya Natsumi.

Macam mana beliau boleh terjerbak dalam dunia lakonan ini?

Sebelum ini, beliau ada menyertai ujibakat untuk pilot casting dari Juxtapose Sdn Bhd dan Mojoreel Production dimana mereka berniat untuk propose program ini ke pihak Astro.

Drama bersiri 13 episod ini berkisarkan tentang perkongsian ilmu mengenai hartanah, belanjawan, cara mengukuhkan kewangan dan macam-macam lagi!

Menariknya, melalui program ini juga kita boleh menerapkan segala macam ilmu asas mengenai cara pengurusan kewangan secara efektif dan inovatif.

Ia disiarkan setiap hari Isnin pukul 7.30 petang di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) dan ulangan pula pada pukul 10.30 malam di Astro Oasis pada hari yang sama.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh baca perkongsian di Blog Yaya Natsumi.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.