Akses percuma ‘Sports Pass’ untuk pelanggan ‘Sports Pack’

Adakah pasukan Perancis mampu menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri?

Mampukan pasukan Sepanyol menyekat kemaraan Jerman, pemenang Piala Dunia dalam mengejar kejuaraan Eropah buat kali ketiga berturut-turut?

Bersedia untuk menonton segala aksi dan drama UEFA EURO 2016 melalui liputan menyeluruh Astro – sama ada di televisyen, atas talian, mobil mahupun radio!

Astro UEFA EURO 2016



Sebagai penyiar rasmi dan eksklusif UEFA EURO 2016 di Malaysia, Astro menawarkan kesemua 51 perlawanan secara langsung di televisyen dan juga Astro on the Go melalui dua saluran Astro Supersports yang didekasikan khas untuk UEFA EURO 2016 kali ini (HD: Saluran 841 & 842) dan SD: Saluran 821 & 822).

Kesemua pelanggan ‘Sports Pack’ akan mendapat akses percuma ‘Sports Pass’ untuk liputan penuh dan menyeluruh UEFA EURO 2016. Pelanggan Astro yang lain boleh mendapat akses yang sama secara percuma dengan melanggan ‘Sports Pack’ sebelum 30 April 2016.

Bermula 1 Mei 2016, pelanggan Astro dan Njoi boleh melanggan ‘Sports Pass’ hanya pada harga RM 104.95*.

Pada mereka yang tidak mempunyai akses ‘Sports Pass’ boleh juga menonton 12 perlawanan terpilih secara langsung di Astro Arena dan mendengar ulasan perlawanan tersebut di Radio Arena.

“UEFA EURO 2016 merupakan acara bola sepak paling dinantikan tahun ini dan Astro akan memberikan liputan yang tiada tandingnya, aksi kesemua 24 pasukan Eropah bertanding dalam merebut kejuaraan bola sepak berprestij ini.
Pelanggan-pelanggan ‘Sports Pack’ kami akan menerima akses percuma ‘Sports Pass’ untuk liputan yang menyeluruh.
Pelanggan yang lain juga boleh menerima akses percuma lengkap ini jika mereka melanggan ‘Sports Pack’ sebelum 30 April 2016 ataupun mendapatkan ‘Sports Pass’ untuk kesemua 51 perlawanan secara langsung”.

UEFA EURO 2016 akan memulakan aksinya menerusi perlawanan pembukaan di antara pasukan Perancis dan Romania, jam 3 pagi, 11 Jun 2016 (waktu Malaysia).

Bagi menghangatkan lagi demam UEFA EURO 2016 kali ini, pelanggan Astro boleh menonton barisan program pra-perlawanan istimewa seperti ‘Road to UEFA EURO 2016’, ‘UEFA EURO 50 Classic Matches’, ‘Great Goals of European Football – Decade by Decade’ dan banyak lagi.

2016 merupakan tahun gemilang buat peminat sukan di luar sana. Selain UEFA EURO 2016, Astro akan turut membawakan liputan lengkap acara sukan utama seperti Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Uber 2016 dan juga Sukan Olimpik Rio 2016.

Astro juga telah berjaya mendapatkan hak tayangan Liga Perdana Inggeris di Malaysia untuk 3 lagi musim sehingga tahun 2019.

Klik DISINI untuk versi English.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.