Amanz Media Jalin Kerjasama dengan Kumpulan Media Karangkraf

Amanz Media Jalin Kerjasama dengan Kumpulan Media Karangkraf

Syarikat penerbitan digital, Amanz Media kini melebarkan sayapnya menerusi jalinan kerjasama dengan Kumpulan Media Karangkraf.

Menerusi kerjasama yang bermula pada Jun ini,

Amanz atau lebih popular dengan laman web Amanz.my akan mengendalikan Majalah PC yang merupakan satu-satunya majalah padat dengan informasi teknologi yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu.

Difahamkan, Amanz akan bertindak untuk menguruskan segala kandungan serta aktiviti melibatkan Majalah PC manakala Karangkraf pula akan memainkan peranan dalam urusan percetakan dan pengedaran.


Ketua Pegawai Eksekutif Amanz Media, Ikhwan Nazri Mohd Asran berkata, menerusi kerjasama ini, pihaknya berharap agar ia sekali gus dapat mendidik pembaca berhubung perkembangan teknologi khususnya bagi mereka yang menetap di kawasan luar bandar.

Menyentuh mengenai wajah baru Majalah PC selepas ini,

Ikhwan memaklumkan bahawa pengisian kandungannya juga agak berlainan memandangkan ia akan lebih memberi penekanan terhadap sesuatu topik yang akan dibincangkan secara lebih mendalam.

Sebelum ini, kandungan Majalah PC lebih berfokuskan kepada tutorial dan didominasi oleh maklumat-maklumat berhubung perkembangan gajet terkini.
“Kita bawa pembaharuan pada kali ini dan kami mengharapkan sokongan daripada para pembaca di seluruh negara ini,”
Pada tahun lalu juga, laman web Amanz,my telah merekodkan 4 juta pembaca sekali gus menunjukkan pegangan pasaran digital sebanyak 20 peratus dan ia merupakan antara pencapaian yang membanggakan khususnya bagi media yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium utama.

Dalam pada itu, melalui kerjasama ini, ia sekali gus bakal meluaskan pegangan pasaran Amanz dan Karangkraf dalam inti pati kandungan berkaitan teknologi di pelbagai platform.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/amanz-jalin-kerjasama-dengan-karangkraf-1.509902
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.