Angin Cinta di Astro First Eksklusif

Angin Cinta di Astro First Eksklusif

Filem Angin Cinta sentuhan pengarah yang tidak asing lagi, Ghaz Abu Bakar ini akan mula ditayangkan di Astro First Eksklusif saluran 480 bermula 30 April ini.

Angin Cinta mempertaruhkan gandingan sulung dua pelakon popular tanah air iaitu Zizan Razak dan Ummi Nazeera sebagai teraju utama yang memperlihatkan mereka mengharungi pelbagai liku percintaan yang sedikit sebanyak menguji hubungan mereka demi sebuah masa depan bersama.

Sinopsis Angin Cinta
Sinopsis Angin Cinta

Angin Cinta membawa penonton mengikuti episod percintaan seorang usahawan muda yang kaya, mewah dan merendah diri bernama Khairi Kamarudin Osman atau mesra dipanggil KK (lakonan Zizan Razak) bersama seorang gadis yang urban, ceria dan lemah lembut bernama Irika (lakonan Ummi Nazeera).

KK punyai segala-galanya yang orang lain impikan dalam dunia ini. Pangkat, harta, wang ringgit juga segala kemewahan dunia tetapi hanya satu kekurangan bagi dirinya iaitu cinta.

Percintaan yang terjalin indah selama beberapa tahun teruji tatkala KK dan Irika sepakat untuk membawa hubungan mereka ke jinjang pelamin. KK terkejut dengan permintaan Irika untuk melangsungkan perkahwinan mereka di sebuah pulau terpencil.
Angin Cinta di Astro First Eksklusif


Angin Cinta di Astro First Eksklusif

Permintaan khas ini sekaligus membuka rahsia yang selama ini disimpan rapi daripada pengetahuan KK yang mana ibu bapa Irika telah bercerai sejak Irika masih kecil lagi dan bapa kandung Irika, Pak Mustafa (lakonan Shahronizam) menetap di pulau berkenaan selepas dari penceraiannya dengan ibu Irika (lakonan Zarina Zainuddin).

KK berdepan dengan masalah untuk menyesuaikan diri dengan bapa Irika yang dilihat sebagai seorang yang sangat tegas serta kehidupan kampung di pulau yang begitu berlawanan dengan gaya hidup mewahnya.

Dalam pada itu, Irika dilihat makin tersepit antara masa depannya bersama KK dengan hubungan antara anak dan ayah bersama bapanya.

Angin Cinta di Astro First Eksklusif


Filem Angin Cinta akan mula bersiaran secara eksklusif di Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai 30 April 2016.

Dengan hanya RM15.90 (termasuk GST) untuk sebuah filem, para penonton boleh menyaksikan filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.