ezyCourier Malaysia Terima Lesen Kurier Dari SKMM

ezyCourier Malaysia Terima Lesen Kurier Dari SKMM

ezyCourier Malaysia telah dilancarkan secara rasmi.

Ia dilancarkan oleh Ketua Pegawai Komunikasi  di bahagian Sektor Perkhidmatan Dan Piawaian Digital daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ( SKMM) ,iaitu YBHG Dato ' Ali Hanafiah Mohd Yunus bersama Pengarah ezyCourier Malaysia, Encik John Gun di Malaysia IT Fair 2016 yang berlangsung di Pusat Pameran Mid Valley hari ini.

ezyCourier Malaysia merupakan syarikat kurier terbaru yang telah mendapat  lesen kurier dari  SKMM, menyertai 100 operator kurier yang dikendalikan setakat ini.


Selaras dengan gaya hidup segalanya di hujung jari hari ini, ezyCourier Malaysia menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspres melalui penggunaan "aplikasi mudah alih".

Perniagaan di atas talian yang semakin meningkat. Menyebabkan permintaan penghantaran barangan kepada pelanggan juga meningkat . ezyCourier Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan kurier ‘pintu ke pintu’ yang  amat berpatutan.

Disamping, mengintegrasi keperluan penghantaran kurier dan pada masa yang sama, dapat  memenuhi keperluan individu untuk mencari pendapatan separuh masa atau sepenuh masa.

Penghantaran barangan oleh Ejen ezyCourier  Malaysia dapat dilaksanakan melalui kereta dan motosikal, tetapi juga boleh menggunakan basikal atau berjalan kaki.

Dalam ucapannya, Aplikasi ezyCourier ini menawarkan alternatif kepada pengguna yang sibuk untuk menjimatkan masa untuk menghantar bungkusan mereka dengan beberapa langkah mudah sahaja yang boleh dilakukan secara terus melalui peranti mudah alih.

"Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran berkualiti kepada masyarakat umum," kata Gun.

Dato 'Mohd. Ali Sementara itu berkata,
"SKMM  menggalakkan industri  ini, terutamanya  syarikat  pos dan kurier untuk terus menyokong keperluan komuniti  E-dagang dengan  memperkenalkan  Application Programming Interfaces (APIs) mereka sendiri yang lebih fleksibel dalam pemindahan data langsung dan meningkatkan pengalaman kepada pengguna dan pembekal.
Dengan lebih banyak (API) tersedia, ekonomi E-dagang akan dapat diperkukuhkan dan berkembang dengan lebih cepat. "
Untuk maklumat lanjut mengenai ezyCourier Malaysia sila melayari www.ezyCourier.org atau www.facebook.com/ezyCourierMY.

Muat turun ezyCourier APP daripada Android Google Playstore dan IOS App.

Klik SINI untuk versi English.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.