#APO2016 - Debaran Finalis Blog Pilihan Online 2016

Finalis Blog Pilihan Online 2016

Lima blog bakal berentap merebut trofi kemenangan pada malam kemuncak Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) Sabtu ini menerusi kategori Blog Pilihan Online.

Calon lima teratas adalah blog Ben Ashaari, Siakap Keli, Cik Epal, Emas Putih dan Sensasi Selebriti.

Blog manakah yang bakal dinobatkan sebagai Blog Pilihan Online pada APO2016, anda sendiri boleh menentukannya dengan mengundi pada hari terakhir pengundian hari ini (27 April, Rabu).

Undian boleh dibuat sekali sehari sama ada menerusi akaun Facebook, Instagram dan Google di laman web http://apo.mstar.com.my/undi.aspx


APO2016 dianjurkan oleh mStar Online bersama Suria FM serta dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Malam kemuncak APO2016 bakal berlangsung pada 30 April ini (Sabtu) dan akan dipancarkan secara langsung menerusi TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur, pukul 9 malam.

Sumber - APO2016: Lima Blog Berentap Rebut Trofi Pilihan Online
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.