Pelancaran Grafik Novel Aliff Dalam 7 Dimensi

Pelancaran Grafik Novel Aliff Dalam 7 Dimensi

Novel Grafik terbaharu yang diadaptasi dari sebuah filem terbitan Astro Shaw yang berjudul Aliff Dalam 7 Dimensi akan membawa anda kembali ke zaman remaja protagonis Aliff yang masih sedang bergelut dengan hidupnyanya.

Novel grafik yang berjudul Aliff Dalam 7 Dimensi ini telah mendapat sentuhan karya idea Tadatada.


Menariknya, grafik lukisan Solar Team ALIFF DALAM 7 DIMENSI terbitan KADOKAWA GEMPAK STARZ ini akan berada di pasaran seluruh Malaysia mulai bulan Mei 2016.

Bersama-sama melancarkan novel grafik ALIFF DALAM 7 DIMENSI adalah pengarah filemnya Faisal Isyak, produser filem, Anwari Ashraf dan pelakon utamanya, Izzue Islam.

Pelancaran Grafik Novel Aliff Dalam 7 Dimensi


Pelancaran Grafik Novel Aliff Dalam 7 Dimensi


Kerjasama di antara Kadokawa Gempak Starz dan Astro Shaw dalam menerbitkan novel grafik yang diadaptasi dari filem ini merupakan kali kedua, selepas novel grafik The Journey, Great Day dan Woohoo pada tahun lalu.

Sinopsis Aliff Dalam 7 Dimensi

Mengikuti Aliff yang baharu sahaja mewarisi Saka peliharaan keluarganya, dia menemui cabaran besar dalam bentuk Zul, seorang remaja yang memiliki kuasa seirasnya berikutan permintaan tolong gadis bunian, Farah.

Dalam usahanya untuk menjadi lebih kuat, Zul dan Saka miliknya bukan sahaja menewaskan tetapi makan mahkluk² ghaib demi mendapatkan kuasa mereka.

Bimbang Zul akan menjadikan manusia sasaran seterusnya, Aliff bergegas untuk menghentikannya!

Malangnya, Aliff yang masih mentah kalah dan kehilangan Sakanya pula. Tanpa kuasa Saka, mampukah Aliff menghalang Zul yang semakin dahagakan kuasa?
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.