Pelancaran Koleksi Raya Raffelina 2016

Pelancaran Koleksi Raya Raffelina 2016

Butik pakaian terkenal Felinna Boutique telah melancarkan Koleksi Raya Raffelina 2016.

Pada majlis tersebut, turut diperkenalkan duta kepada koleksi rekaan sempena Hari Raya Aidilfitri #FelinnaRaya2016 iaitu pasangan selebriti Atita Haris dan NasT yang diadakan di Flora Tarrace.

Felinna turut melancarkan 10 koleksi rekaan #FelinnaRaya2016 yang turut merangkumi tiga rekaan untuk ibu dan anak. Manakala, terdapat juga tiga rekaan menarik untuk para lelaki di pagi raya.

Trend #FelinnaRaya2016 lebih kepada plain atau tidak bercorak.

Koleksi Raya Raffelina 2016


Permainan warna warna blocking dan pastel menarik perhatian penggemar rekaan ringkas dan sopan.

Konsep rekaan #FelinnaRaya2016 kali ini juga menitikberatkan potongan untuk kelihatan lebih langsing dengan permainan warna, fabrik dan perincian.

Setiap rekaan mempunyai kekuatan masing-masing, walaupun ringkas ia tetap menarik ramai pihak untuk membeli terutamanya #HijrahFelinnaLovers.

Majlis ini, turut menampilkan 10 model dengan mengayakan rekaan-rekaan terbaharu yang didatangi pelbagai warna menarik.

Menurut Felinna, antara rekaan Felinna raya yang menjadi sebutan di laman sosial instagram dan Facebook adalah rekaan Primrose, Calleryana, Azalea, Kurung Raisya, Kebaya Salma, Orchid , dan Khimar.
RR Exclusive by Rafie Ramli


Dalam pada itu, set lengkap Kurta moden untuk lelaki yang tampil segak untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sementara itu, RR Exclusive by Rafie Ramli, adalah satu nama baru di bawah jenama Felinna Boutique.

Koleksi ini diwujudkan untuk membantu para lelaki tampil bergaya di hari raya seiring dengan Isteri masing masing.

Rekaan yang lain dari pasaran semasa kerana wujudnya poket serong dan keunikan yoke dia bahagian bahu hadapan dan belakang  adalah kekuatan bagi rekaan ini.

Harga bagi setiap rekaan felinna adalah sangat berpatutan iaitu tidak lebih dari RM200.

Dalam pada itu, Felinna Boutique turut meneruskan tradisi untuk menyediakan 100 pasang rekaan untuk diberikan secara percuma kepada #HijrahFelinnaLovers.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.