Pesta Kolektor Coca-Cola 2016

Pesta Kolektor Coca-Cola 2016

Pesta Kolektor Coca-Cola yang mengundang nostalgia kali ini diadakan untuk meraikan ulang tahun ke-80 kehadiran Coca-Cola di Malaysia.

Buat tahun keenam, acara yang dinanti-nantikan ini mendapat sambutan daripada peserta-peserta dari sepuluh negara termasuk Sepanyol, Korea, Jepun, Macau, Hong Kong,Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura untuk berganding bahu dengan kolektor barangan Coca-Cola di Malaysia.

Selain menikmati keghairahan 60 kolektor tanah air dan luar negara mempamerkan dan bertukar-tukar barangan Coca-Cola yang luar biasa dan jarang ditemui, acara ini diperhebat lagi dengan pameran gambar dari arkib Coca-Cola Malaysia yang memaparkan perkembangan syarikat minuman yang popular ini sejak kemunculannya di Malaya pada 1936.

Pesta Kolektor Coca-Cola yang pertama


Coke Converters


Tidak mengabaikan orang awam yang turut hadir untuk merasai kehebatan koleksi Coca-Cola, pesta tersebut menyediakan peluang kepada mereka yang memiliki memorabilia Coca-Cola untuk menilai harganya di petak “Coke Converters”, di mana kolektor-kolektor pakar membantu mereka untuk mendalami latar belakang dan sejarah item yang dimiliki, sekali gus mengetahui nilai wangnya di pasaran hari ini.

Untuk menghargai peranan penting Coca-Cola bersama rakan niaga F&B dan perniagaan sokongannya, acara pada tahun ini melihatkan penglibatan rakan niaga rasmi Coca-Cola seperti Wendy’s, Krispy Kreme dan Hero Market dengan memberi tawaran istimewa kepada semua pengunjung pesta hari ini.
Pesta Kolektor Coca-Cola


Pesta Kolektor Coca-Cola yang pertama diadakan pada 2011 dan sejak itu telah berkembang daripada perjumpaan tidak formal kepada suatu acara tahunan di mana para kolektor dan pengemar item Coca-Cola dapat menyaksikan, membeli dan bertukar barangan Coca-Cola.

Matlamat utama pesta ialah menemukan semua orang yang setia kepada jenama Coca-Cola dan warisannya, dan sanggup melabur masa dan wang untuk membina koleksi item Coca-Cola masing-masing yang unik dan sukar untuk dicari.

Acara ini diadakan setiap tahun pada bulan Mei, sempena perayaan ulang tahun Coca-Cola pada 8 Mei, iaitu tarikh minuman ini mula dijual di Atlanta, Georgia, pada 1886, tepat-tepat 130 tahun yang lalu.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.