Siakap Keli Dikecam Netizen, Hantar Wakil Ambil Anugerah #APO2016


Siakap Keli dikecam oleh netizen kerana tidak tampil mengambil anugerah yang mereka menangi pada Anugerah Pilihan Online APO2016.

Acara tersebut telah disiarkan secara langsung melalui TV2 mendapat kritikan dari netizen yang ingin melihat siapakah admin disebalik nama Siakap Keli yang telah dinorbatkan sebagai pemenang Anugerah Blog Pilihan Online.

Siakap Keli telah melewatkan 4 finalist bagi Anugerah Blog Pilihan Online, malangnya hanya menghantar wakil untuk mewakili mereka mengambil anugerah di atas pentas.

Akibat kritikan ini, mereka tampil memberi jawapannya di laman facebook Siakap Keli.

***** Kenyataan Balas dari pihak Siakap Keli *****

Di sini ada sedikit pencerahan berkenaan anugerah semalam. Sebab ramai yang mintak penjelasan kenapa kami tak naik sendiri pentas untuk ambil award.

Lebih parah ada yang menyangkakan awek cun yang naik tu adalah admin SK.

Buat yang tidak tahu, yang ambil award tu adalah wakil (berbayar) kami, Shiha Zikir, seorang penyanyi. Boleh google nama beliau.

Kenapa kami tak ambik sendiri?

Kami terdiri daripada 3 orang admin. Pada malam kejadian (malam anugerah) sorang kat airport, sorang kat kedai mamak update pasal bola, sorang lagi (yg tulis ni) on the way balik kampung, tengah drive.. jauhh..Rindu kat mak..

Siaran langsung tu kami sendiri tak dapat tengok. Tapi kalo berkesempatan pun memang tak lah kami nak naik.. Lagipun kami bukan batak anugerah, sebab tu korang tengok kat page ni x penah kami promosikan undian tu.

Bagi kami blogger2 lain yang tercalon lebih layak..tapi kami menang jugak..Alhamdulillah..pape pun tq kepada mereka yang undi untuk lihat kami yang menang..tetap kami hargai..

Bila kami nak reveal diri kami? Mungkin ya kami akan tunjukkan diri..tapi pada hari terakhir page ini (Facebook Siakap Keli) sebelum kami tutup.. One day...
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.