Pelancaran Butik Benang Hijau di Sungai Petani, Kedah

Pelancaran Butik Benang Hijau di Sungai Petani, Kedah

Pengeluar koleksi tudung eksklusif dan pakaian wanita muslimah, Benang Hijau secara rasmi melancarkan pembukaan butik ke 19 di Sungai Petani, Kedah.

Pengasas Benang Hijau, Fadzilah Mamat berkata, Kedah merupakan salah satu negeri yang paling sesuai dan strategik untuk pembukaan butik Benang Hijau.

Katanya, sejak beroperasi empat tahun lalu, beliau sering mendapat sokongan dan maklum balas positif beberapa pelanggan di negeri ini.

"Saya dah rancang lama untuk buka cawangan di negeri ini, namun sekarang baru diberi rezeki untuk beroperasi di sini.

"Ramai pelanggan saya dari Kedah dan bertanya tentang bila lagi untuk buka butik di sini. Jadi mereka tidak perlu menunggu untuk pembelian dalam talian atau datang ke Kuala Lumpur," ujarnya.

Pelancaran Butik Benang Hijau di Sungai Petani, Kedah


Pelancaran Butik Benang Hijau di Sungai Petani, Kedah

Dengan tagline 'Inspirasi Wanita Anggun', Benang Hijau turut menawarkan potongan harga sebanyak 70 peratus terhadap produk istimewa instant shawl.

Malah, sebagai menghargai sokongan tidak berbelah bahagi pelanggan, Benang Hijau turut mengedarkan sebanyak 200 helai shawl secara percuma.

Sebanyak 500 butang eksklusif Benang Hijau akan diberikan percuma untuk pembelian RM100 ke atas.

Selain Sungai Petani, Benang Hijau juga dalam perancangan untuk melancarkan rangkaian butik muslimah ini di Wakaf Che Yeh, Kelantan pada 9 Sept ini.

Mula mencuri tumpuan dalam industri fesyen patuhsyariah sejak tahun 2012, produk Benang Hijau juga boleh didapati secara online di www.benanghijau.com
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.