Saving Sebelum Dan Selepas Kahwin - Siti Najihah Hussin

Saving Sebelum Dan Selepas Kahwin - Siti Najihah Hussin

Ada orang tanya macam mana nak saving sebelum dan selepas kahwin.



Disini, pemilik blog http://www.travelogueofnajihah.com/ atau lebih dikenali dengan Najihah berkongsi beberapa tip yang beliau amalkan untuk menabung untuk majlis perkahwinan beliau.

Moga memberi manfaat kepada anda semua.
  1. Setiap kali lepas dapat gaji, lunaskan semua commitment yang perlu seperti bill, sewa rumah dan sebagainya. FYI! Shopping bukan commitment ok!
  2. Baki dari yang ada. Amik RM1,000 / RM500 (depends pada gaji korang la) dan masukkan dalam 1 account yang korang tak ada online banking. WHY? Sebab nanti tak gatal tangan nak beli barang dekat ZALORA / bila AirAsia buat promo tiket (cc diri sendiri)
  3. Balance duit yang ada selepas dah asingkan tu pandai pandai la korang nak survive. Kalau dah tau duit takat hidung je, jangan berbelanja serupa dunia nak kiamat esok. Berpada pada.
  4. Buat buat lupa yang korang ada duit balance yang RM1,000 tadi. Anggap je dah takde duit. Baru lah tak terguna untuk benda bukan bukan.

Dan macam tu la seketul Najihah menabung untuk perkahwinan beliau dan sehingga kini masih mengamalkan tabiat yang sama.

Mudah kan nak berjimat?

Sumber : Facebook Siti Najihah Hussin

Bicara Bro :  Bro xde pendapatan tetap. Tapi ok la, dapat juga menabung untuk 4 akaun yang berbeza - Anak 1st, Anak 2nd, Isteri 1st dan kecemasan.

Mungkin akan datang perlu tambah akaun kahwin lagi. Mana la tahu, baik sediakan payung dahulu.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.