Femes Factory Perkenalkan Koleksi Femes Fish Head Sandal

Femes Fish Head Sandal

Femes Fish Head Sandal atau ​Sandal ‘kepala ikan’ menjadi tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia yang ingin tampil bergaya dengan mengekalkan keselesaan dan kebebasan.

Femes Factory kali ini memperkenalkan koleksi terbarunya iaitu Femes Fish Head Sandal edisi CMYK.

Ia bakal memberi kelainan kepada pemakai​nya​ yang mahu kelihatan feminin dan santai dengan pelbagai keunikannya yang tersendiri dan variasi warna yang pastinya menjadi pilihan rakyat Malaysia pelbagai generasi.


Femes Fish Head Sandal edisi CMYK diinspirasikan dari proses percampuran pigmen warna yang lazim digunakan di dalam percetakan.

Hasil gabungan warna dari CMYK (cyan, magenta, yellow, black) mampu menerbitkan pelbagai warna untuk mereproduksi gambar sehingga dapat mencapai hasil yang sempurna​.​

Manakala, keistimewaan koleksi terbaru​ keluaran ​ Femes Factory ini ialah dengan menitik beratkan keselesaan pada pemakai ​dengan menampilkan teknologi #ExtraCushionExtraSelesa ​​iaitu dilengkapi kusyen yang lebih tebal di bahagian tapak serta ideal untuk gaya kasual kerana materialnya yang ringan ketika dipakai.


Femes Fish Head Sandal edisi CMYK turut didatangkan dengan 10 pilihan warna yang boleh dipakai oleh rakyat Malaysia bersesuaian dengan iklim Malaysia yang agak panas.

​​Femes Fish Head Sandal edisi CMYK​ ​dijual pada harga RM79 seunit bersama kos penghantaran.

Sebarang info lanjut mengenai Femes Fish Head Sandal edisi CMYK boleh kunjungi laman​ ​facebook Femes Factory dan juga di laman instagram @FemesFactory ​dan​ @FemesCatalogue​.​
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.