
Tahniah diucapkan kepada blogger +Iena Eliena dimana artikle beliau dinorbatkan sebagai pemenang contest Volkswagen Kuning yang dianjurkan oleh Bro Framestone dengan kerjasama MIG Pictures Sdn Bhd.
Sekaligus beliau membawa pulang sebuah telefon pintar OPPO F1s yang ditaja oleh OPPO Malaysia sempena contest ini.
Beliau sendiri tidak menyangka artikle Misteri Teksi Buruk di Jalan Sungai Tua terpilih sebagai pemenang.
Lebih-lebih lagi, bila ianya merupakan kisah benar yang terjadi pada beliau 6 tahun lepas.
Anda boleh baca di sini.
Volkswagen Kuning mula ditayangkan pada 22 Sept 2016 menampilkan Pelakon Filem Lelaki Terbaik – FFM28 iaitu Pekin Ibrahim digandingkan bersama Atikah Suhaime sebagai peneraju utama.
Ia merupakan filem ke-115 terbitan MIG, diinspirasikan dari kisah benar yang pernah atau mungkin sedang berlaku.
Anda boleh baca Review Filem Seram Volkswagen Kuning.