Naarabelle Facespa Tawar Rawatan Pada Wanita Punyai Masalah Kulit

Pusat Kecantikan Naarabelle Facespa

Pusat kecantikan Naarabelle Facespa dilancarkan secara rasmi pada 15 Sept 2016 dengan menawarkan rawatan kepada wanita yang mempunyai kulit bermasalah.

Menurut pengarah urusannya, Wan Ahmad Fadhil Wan Jaafar,

Pusat kecantikan ini juga menawarkan perkhidmatan dengan kos yang sangat berpatutan untuk semua golongan masyarakat.


Teknologi yang digunakan di Naarabelle Facespa mempunyai kualiti daripada gred yang bermutu tinggi serta canggih mengikut peredaran mada kini dan juga global.

Selain itu, fasiliti yang disediakan Naarabelle Facespa turut dititikberatkan bagi menjaga pelanggan yang sedang menunggu agar berasa selesa dan tenang sebelum menerima perkhidmatan di sini.

Naarabelle Facespa juga menggabungkan cara rawatan secara teknologi moden dan tradisional.

Di Naarabelle Facespa, kami menggabungkan konsep rawatan tradisional dan moden yang digunakan oleh pakar kecantikan terlatih.
 

Pelanggan turut merasai pengalaman rawatan berteknologi terbaik, dalam masa yang sama turut merasai suasana mewah dan selesa dengan harga berbaloi"
Sharifah Nabilla atau Belle Amara duta kepada Naarabelle Facespa


Naarabelle Facespa juga merupakan kolaberasi bersama usahawan tudung terkenal Bella Amara, Sharifah Nabilla Al Yahya Syed Sheikh atau lebih dikenali sebagai Bella Amara.

Sharifah Nabilla atau Belle secara tidak langsung menjadi duta kepada Naarabelle Facespa.

Dalam pada itu, menerusi pelan jangka panjang Naarabelle Facespa merancang untuk membuka 50 cawangan di seluruh negara termasuk memberi peluang kepada usahawan baharu yang berminat untuk membuka cawangan di negeri mereka.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.