ShopBack sertai MDEC #MYCYBERSALE Sebagai Rakan Rasmi Cashback

ShopBack sertai MDEC #MYCYBERSALE
ShopBack Malaysia, platform pulangan tunai (Cashback) paling popular dalam negara, mengumumkan penyertaannya ke dalam acara #MYCYBERSALE yang dinanti ramai, sebagai rakan Cashback dengan memberikan wang tunai sebenar kepada pembeli online.

Dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), #MYCYBERSALE, acara jualan online tahunan terbesar, akan diadakan dari 26-30 September tahun ini.


Acara seluruh negara selama 5-hari ini akan menyaksikan laman e-dagang seperti Hermo, Lazada, Zalora, Qoo10, Photobook Malaysia, dan banyak lagi akan bersama-sama merancang produk dan servis bagi memberi kejutan kepada pembeli, dengan tawaran nilai terbaik serta diskaun sehingga 90%.

ShopBack membawakan model Cashback tiga-penjuru yang memberi manfaat kepada semua pihak - pembeli, e-dagang dan penyedia Cashback - ke Malaysia pada Februari 2015.

Ia telah membolehkan pembeli di Malaysia untuk menerima wang tunai sebanyak RM5.4 juta sehingga kini, di mana seorang pembeli tertinggi telah menerima lebih dari RM17,000 di dalam akaunnya.

Syarikat tersebut mengambil inisiatif sebagai menaikkan tawaran Cashback sejak awal tahun ini untuk membantu rakyat Malaysia menerima lebih penjimatan dalam pembelian seharian, di mana lebih kurang 300,000 pembeli telah menerima insentif Cashback dari ShopBack pada setiap bulan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman ShopBack di https://www.shopback.my atau Facebook page https://www.facebook.com/ShopBackMalaysia.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.