Kejohanan Duathlon Powerman Asia 2017 Kembali ke Putrajaya

Powerman Asia Duathlon Championships 2017

Siri Powerman terbesar di dunia, Kejohanan Duathlon Powerman Asia, akan kembali ke Putrajaya pada Ahad, 5 Mac 2017, dengan jangkaan peningkatan bilangan peserta dari luar negara.

Acara ini dianjurkan oleh E-Plus Global Sdn Bhd, lebih daripada 3,000 peserta tempatan dan asing termasuk atlet global, golongan elit dan peminat dijangka mengambil bahagian dalam perlumbaan larian-berbasikal- larian ini.

Powerman, kemuncak pertandingan duathlon peringkat antarabangsa, merupakan platform untuk pelari dan penunggang basikal untuk memaju dan menguasai kedua-dua sukan.


Selepas dihentikan untuk dua tahun, kejohanan yang diadakan di Putrajaya pada Mac yang lalu telah menyaksikan pertumbuhan pesat duathlon di serantau Asia. Kejohanan Duathlon Powerman Asia 2016 yang lepas telah memecah rekod Malaysia Book of Records bagi ‘Penyertaan Terbesar Kejohanan Duathlon’ di Malaysia dengan 2,645 peserta.

Pendaftaran untuk empat kategori dewasa iaitu Powerman Classic dan Team Relay Classic (10km – 60km – 10km), dan Individual Short dan Team Relay Short (5km – 30km – 5km), telah dibuka.

Peserta yang berminat boleh mendaftar di www.powermanmalaysia.com.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.