Nisa Kay Sedih Kehilangan Kucing Kesayangan

Nisa Kay Sedih Kehilangan Kucing Kesayangan

Siapa tidak sedih bila kesayangan hilang meninggalkan kita. Itu yang dirasai oleh blogger +Nisa Kay yang kehilangan boyfriend kucingnya, Ash baru-baru ini.

Ash merupakan kucing pertama yang beliau beli menggunakan duit sendiri.

"Mana lah Ash sekarang ni ? Hidup lagi ke tak ? Ke ada orang ambil dia ? Apa jadi dekat Ash sebenarnya ?"

Nampak! Banyak tanda tanya bermain difikiran beliau.

Orang kata,

Kucing ni kalau sayangkan tuan dia, dia takkan mati dekat depan tuan dia or dekat rumah tuan dia (kecuali kucing tu betul-betul terkurung tak boleh pergi mana).

Ada kebenarannya.

Bro pernah tengok kucing belaan rakan serumah bunuh diri dengan terjun dari Tingkat 7. Punyalah tak nak mati depan tuan dia.

Sebenarnya si Ash disyaki sakit. Waktu itu nampak ia macam tak larat dan badan panas-panas. Begitu juga dengan kucing-kucing milik Nisa Kay yang lain.

Nak tahu cerita selanjutnya? Anda boleh baca di http://www.nisakay.com/2016/10/my-cats-ash-keluar-tak-balik-balik.html


Bicara Bro : Nak cari calon isteri, cari yang penyayang macam ini.

Malangnya, Bro tak suka kucing. Kenapa? Bro ada alahan dengan bulu kucing. Takat nak bela dekat luar rumah, boleh la.

Tapi... Tak kan nak kurung dalam sangkar je kan. Bro tak sekejam itu.

So, kalau nak cari calon suami, cari yang tak sekejam Bro he..23x Ok Bye.



Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.